INFO INFLUENZA A ( H1N1 )

H1N1 ( info dari UiTM)
Adalah penyakit system pernafasan akut yang diakibatkan oleh jangkitan virus Influenza A
(H1N1 ). Ianya boleh dijangkiti melalui titisan cecair daripada salur pernafasan pesakit yang
dijangkiti semasa bersin, batuk, atau bercakap pada jarak yang dekat ( kurang 1 meter ) atau
bersentuhan dengan permukaan / objek yang tercemar.

Antara tanda‐tanda penyakit ini adalah
1. Demam panas ( > 38 *C )
2. Sakit tekak
3. Batuk
4. Sakit badan / sakit kepala
5. Sesak nafas
6. Lemah tubuh badan / selera makan berkurangan

Langkah‐langkah kawalan dan perlindungan diri
1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu dan sapu tangan ketika bersin dan batuk
2. Cuci tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau menyentuh permukaan yang
tercemar
3. Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
4. Pakai penutup mulut dan hidung ( mask ) ketika dijangkiti Influenza A ( H1N1 )
5. Elakkan berada di tempat awam jika anda dijangkiti Influenza A ( H1N1 )
6. Elakkan dari melawat/melancong ke negara‐negara yang dilaporkan mempunyai kes‐
kes Influenza A ( H1N1 )
7. Dapatkan rawatan segera di hospital sekiranya mempunyai tanda‐tanda Influenza A
( H1N1 )

INFLUENZA A ( H1N1 ) ……………….ADAKAH ANDA DIJANGKITI ?
Sekiranya ANDA mempunyai tanda‐tanda berikut iaitu
1. Demam panas ( > 38*C ) dan 2. Sakit tekak / Batuk / Sakit badan / Sakit kepala / Lemah badan
DAN
a. Baru kembali dari melawat / melancong ke negara‐negara yang mempunyai
kes Influenza A ( H1N1 )
ATAU
b. Mempunyai hubungan langsung dengan pesakit yang telah disahkan
mengidap Influenza A ( H1N1 )

ANDA dinasihatkan supaya segera mendapatkan pemeriksaan / rawatan di
Pusat Kesihatan UiTM / hospital kerajaan

Rawatan
Rawatan penyakit ini adalah secara simptomatik. Ubat antiviral tertentu boleh membantu jika
diberi pada peringkat awal jangkitan.
Sehingga kini, tiada vaksin yang boleh digunakan untuk mencegah jangkitan Influenza A ( H1N1)

Dari UiTM kampus Samarahan, Sarawak.
Setakat ni, banyak jugak kes kuarantin kat sini. Punca dari Rainforest yg ade banyak mat saleh. Budak-budak yg tak amik kesah dgn kes selsema babi ni dah bawak virus tu masuk UiTM Samarahan. Makin lame, makin banyak yg demam & ade tande-tande dapat virus h1n1 ni. Sampai sekarang, kampus lain dah banyak yg tutup. 1st campus yg tutup (tahniah) Melaka. Sekarang ni, diberitahu yg seluruh UiTM tutup. Jumlah cuti seminggu. Kalau tak tutup, tak tau lah, lagi-lagi 25/Julai/09 ade Jom Heboh pulak.

Angan-angan...

Sejak kebelakangan ni, aku ni suke lah berangan nak beli barang-barang yg macam-macam. I'm craving to shopping tp bukan bende yg membazirkan lah, memang kene leter lah pastu kan. Yg penting, benda yg aku nak beli ni memang keperluan seharian aku jugak. First, we need fulus. Kalau tak, pegi mintak sedekah. Hahaha.. Bende yg aku berkenan sangat sekarang ni handphone. Tak kisah lah macam mane rupe die, jename ape pun. Tapi mesti, wajib, harus ade 3g. Ade jugak survey, jalan-jalan pastu tertarik dengan satu phone ni. Tengok harge je dah nak nangis. Apetah lagi memiliki nye (poyo sket). Samsung jename nye , model nye aku tak tau.
menarik tak?

Selain dari tu, aku teringin nak ade beg yg bole menyenangkan aku ni letak barang, bile kuar jalan-jalan. Beg aku sekarang ni, kalau korang tengok memang menyedihkan. Nak mintak malu, nak beli tak dapat. So berangan je lah yg mampu. Ade fulus yg cukup, baru bole beli. Hehe. Beg, setakat ni, aku lum jumpa lagi yg bekenan di hati. Tapi kalau bole nak leather lah (demand tul). Ade perasan satu beg kat mango hari tu. RM13o++ kot, memang menarik lah. Tapi kat sini aku tak nak pakai mng nye barang sangat. Ramai sangat yg same nanti.

recycle beg je lah..cute je ^_^

Kalau bab baju pulak, tak ade lah ade aku angan-angan kan. Aku ni simple je, tshirt & jeans pun dah sempurna dah bagi aku. Kalau aku dah terlebih over, aku ade jugak melaram. Tak ade lah aku nak pakai dress ke ape. Aku pakai lah baju yg glamour lebih sket. Glamor-glamor pun, still simple je.


love the cardigan, simple kan?

nice & cool

And finally, aku nak sangat pakai spek yg popular skang ni. Saje nak bergaye, tapi kene lah pilih yg sesuai dgn aku. Sebelum ni kawan aku ade pakai. Memang ngam gile ngan aku. Memang style lah kalau aku pakai. Hehe.


style beb!

Kenali Sarawak


Ade banyak benda yg tak terdapat kat
semenanjung. Selain dari cara percakapan diorang yg lain, periuk kera & burung kenyalang, sarawak ni jugak ade buah yang tak terdapat kat semanjung. Aku ni name je dah 2 tahun kat sarawak, tapi tak pernah tau pun pasal ape yg menarik dan lain sarawak ni. Aku fikir yg sarawak ni same je dengan negeri lain.

Hari tu aku keluar, sempat jugak pegi pasa
sabtu. Kat situ adalah jual pelbagai makanan yg ade dekat sarawak ni. Nasib baik ade pemandu pelancong, kalau tak sesat kitorang kat dalam pasar tu. Besar & banyak benda. Kalau nak tanya satu-satu, memang tak kan abis malam tu jugak. Mesti sambung esok atau lusa ^_^

Anyway, aku ade jumpa buah yang dipanggil
dabai. Orang-orang sarawak makan buah dabai ni selalu dengan nasi. Cara masak buah dabai ni plak, dengan merebus nye dengan garam sket kot. Tak ingat dah chef vivian kate aritu (haha chef ke?)


In lah dia name nye buah dabai. Macam kurma je rupenye kan?

Aku tak sempat nak pusing 1 pasar malam aritu, so tak banyak bende yg kitorang tangkap. Kalau korang tengok kitorang aritu, memang nampak sangat tak pernah pegi pasar malam. Benda yg ade dekat semanjung pun di kate, tak tau (termasuk aku lah tu ;p). Salah sorang budak sarawak kat sini kate, ade buah yang ikut musim. Buah embang yg rupe nye bulat & isi nye kuning macam mangga tak ade time aku pegi pasa aritu.

Tapi tak mengapa,
ulat mulong atau ulat sagu yg aku tak dapat share last post ade. Geli tgk (padahal dulu suke main dengan ulat tu), gemuk-gemuk ulat nye. Selalu orang iban lah yg suke makan ulat mulong ni. Budak-budak sekarang mane ade makan lagi dah. Hmmmm....

Ni model nye...hehe..jangan mara ye bella ^_^

Kalau pegi Sarawak ni, jangan lupe pulak dengan kek lapis. Kat sini memang senang nak cari lah, sekarang pun dah macam-macam perisa ade. Korang kene try, kalau tak rugi. Orang semanjung mane pandai buat kek lapis ni. Hanya terdapat di Sarawak je (original lah).

Kek lapis Sarawak yg terkenal, kene pandai cari jugak sebab bukan semua tempat sedap.

So sape-sape nak kirim pape, bole lah bagitahu. Heheh..



Girl Day Out

11 Julai pukul 10 pagi 5 girls pergi town beli barang. Bukan kua suke-suke ye. Tapi dalam mase kitorang kua beli barang keperluan kitorang pun menyelam sambil minum air. Dah alang-alang pegi town, jom lah kite pegi jalan-jalan. Hehehe.. ^_^

Kitorang bercadang nak pegi jalan-jalan setengah hari, tapi ade orang pulak cari masalah & spoil mood kitorang yang tengah baik time tu. Hangin tul lah! tapi tak ape, asal kitorang punye barang keperluan dah siap di beli time tu.

Kitorang pun balik sejam awal daripada masa yang kitorang cadangkan. Dah sampai pagar UiTM, ade satu lagi masalah. Mengangkat barang yang banyak. Nak tengok barang kitorang banyak mane?



Macam mane? Banyak tak? Ni stok utk beberape bulan nye tau. Tuk save budget, lain kali tak payah kua lagi. Sempat kitorang jadi pelancong kejap. Kitorang kenal buah-buah sarawak yang tak pernah ade kat semenanjung pun.

Ni the girls


Ni buah terap adik beradik buah nangka & cempedak


Nak post gambar ulat mulong @ ulat sagu, tapi line tak kuat. Next time k...

Tanah Sarawak

posing kat airport

8hb Julai tahun 2009 aku bertolak ke Sarawak tuk belaja. Akhirnya, bermula hari aku tuk jadi part 5. Perasaan sekarang memang tak sabar, tapi bukan tak sabar nak mula belaja, tapi tak sabar nak abis. Perit tinggal kat Sarawak ni tau, dah lah tak ade sedara atau kenalan kat sini. Aku rase macam sorang je kat dunia ni. Nasib baik ade jugak yang nak kawan dengan aku ni. Dah lah aku ni jenis susah nak buat kawan. Mulut bukan ramah pun, kawan tak ramai lah. Sarawak ni lah banyak mengubah aku, tapi aku tak rase pun perubahan nye, orang lain plak yang nampak ^_^

Aku dah pergi 1st class 9hb, class stat pukul 8 pagi. Nasib baik selalu jugak bangun pagi time cuti hari tu, kalau tak, mungkin skip class jadi nye. Banyak sistem baru dekat sini, kebanyakan nye still lagi tak selesa dengan pertukaran yang terjadi. Aku pun baru sampai, so tak leh nak komen ape-ape lagi.

Untuk sem baru ni, harap aku boleh hidup kat sini dengan tenang dan overcome the obstacle. Pandai lah jaga mase, dan jangan lalai. Ini pesanan tuk diri sendiri ^o^

si kecil ni pun ikut jugak

sampai terus pasang bedsheet yg menarik perhatian semua & yg si comel depan tu bukan babi k, itu lembu..