Raya With Mama Anna

Hai Kawan-kawan, seronok ke raya tahun ni? Aku macam biase je. 1 je yang berbeza sebab aku raya tahun ni dengan best friend yang lama menghilang & anaknye. Seronok sangat sebab dapat raya dengan minah sorang ni.

Die dah ade seorang anak yang bernama Sufi. Sangat comel & sangat senang dijaga (kata ibunye). Aku dengan kawan-kawan yang lain lost contact kejap dengan die. Disebabkan die selalu je tukar-tukar nombor telefon, kitorang susah sangat nak jejak die ni. Akhirnya tahun ni dapat kite track die. Thanks kepada Hawa yang berusaha selama ni. Heheh.


Aku nye best fren ni terdiri daripada 6 orang lah termasuk aku. Sangat rapat dari start tingkatan 1 lagi. Kitorang kenal terus jadi rapat. Tapi minah sorang ni pg pindah KL lak. Terpisah lah kitorang sementara.

Kitorang pun buat lah reunion sekali time tu. So berborak sampai nak dekat maghrib. Thanx kat Farhana, sanggup datang dari jauh. Nanti kitorang pulak turun KL ok. We miss U!
Farah..

Hawa

Fiera

Mama & Sufi

Bersiap Sedia!


1..2...3...get set go! Ceh macam nak lumbe lari je. Padahal nak bersiap sedia nak raya. Sebelum raya macam-macam lah bende yang dibuat. Contoh seperti pergi pasar beli barang tuk buat masak lauk pagi raya, pasang langsir & macam-macam lagi lah. Memang seronok lah bile raya. Tapi tahun ni aku tak rasa raya hebat sangat lah. Mungkin sebab dah besar kot.

1st kite pegi pasar okay. Sebelum ni tak pernah pun pegi, aku suke lagi duduk rumah. Kali ni je, aku kene pegi teman kakak aku beli barang. Selalu mak aku yang pegi dengan kakak aku. So ape yang ade kat pasar tu?


Pasar nye kat tepi jalan, so agak sesak lah keadaan kat situ. Nak wat macam mane kalau diorang dah nak buat kat situ pulak kan. Terima je lah. Ape pun kitorang dapat beli barang yang dah mak listkan. Heheh.

Seterusnya, memasak nye part pulak. Anak dara mak yang ade 3 orang semua terperuk kat dapur. Semua nya menolong sesama sendiri tuk masak makanan yang biase di masak tiap hari raya. Selalu kitorang akan masak rendang ayam, daging sate, kuah kacang. Tapi tahun ni ade special sikit, mak masak nasi minyak & ketupat (selalu buat nasi impit)

kakak aku yang anyam..

ni aku yang anyam..jadi ketupat lain.

dah isi dengan beras..

kacang tuk kuah kacang..

request lauk buke..paru

nasi minyak..sape kawin??


ketupat yang dah siap..

daging masak sate..hanya di rumah aku

Selepas tu, kemas rumah pulak. Tahun ni langsir tukar baru. Aku balik, tingkap dah bogel. Aku lah yang kene pasang ni (dalam hati). Tahun ni pakai langsir emas, sofa warne merah. Bagus lah tu kan, macam-macam marne ade.

wah! langsir pun nak tunjuk ni..

Okay lah tu kan. Ni tuk share je. Macam ni lah aku beraya. Camne korang raya pulak??

Esok Hari Raya!!


Yah! itu dia, raya dah mai dah..bak kate orang utara. Aku yang sangat excited bile tibe hari raya, tak sabar nak bangun tuk sambut hari raya. Di kesempatan ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua yang kenal aku ni. Harap dapat maafkan lah salah silap aku selama aku dengan korang (siapa yg berkenaan).

Tahun ni yang bertemakan baju kurung bewarna merah, semakin hot lah aku di hari raya ini. Tapi jangan di lupa pada yang sudah tiada. Doakan lah mereka, agar di tempatkan di kalangan orang yg beriman. AMIN.

End of sad story, kalau korang nak tau. Blog ni tak ada cuti, tak lama lagi ada lah update pasal kemeriahan sebelum raya pulak ye. Kalau korang berminat nak tau camne sambutan hari raya aku dengan keluarga kat Klang, Selangor ni. Stay tune. Cewah. (suke hati aku lah!:p)

Semoga terdapat sinar kebahagiaan di hari raya ni. Byee..

Makan + Makan + Makan

1st time aku ngan kawan-kawan pergi makan kat steamboat. perghh!! dah lah aku ni dah lame mengidam makan steamboat. memang sedap sangat. peluh menitis ke ladang gandum pulak. hahaha. harge pun berpatutan, cume rm17 je. 3 meja kitorang penuh kan, dan hiruk pikuk pun terjadi.


bebudak kelas aku..

amik kak jgn malu-malu....hehe

busy memasak ;p

masing-masing tak sabo

aduh sedap dowh!

Next kite makan kt tempat lain pulak. Name tempat die TOPSPOT, kali ni pulak aku makan lebih kurang rm20. Wah makan mewah betul aku ni. Padahal duit dalam bank dah kering dah. Hehehe. Tapi ape yg penting adalah kekenyangan. Aku makan ikan masak sweet sour, ayam lemon, baby kailan tomyam & butter prawn. Tak lupe jugak dengan air, tebu with pitted prunes. And selesai...

tomyam pulak

baby kailan..

ikan ape ntah..kerapu kot

tunggang langgang..dasat..

PPKP..

Ape itu PPKP? Kalau kat UiTM nih, kite kene hadir PPKP tuk dapat sijil nanti bile dah grad nanti. Aku pegi program ni semalam. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 4 petang. Ade lah rehat sekejap tengahari.

Pade hari tu, rupe aku sangat hodoh. Dah lah program ni kene wat presentation depan orang ramai. Aduh malu lah! Nasib baik kebanyakan budak kelas aku jugak. Aku bangun lambat sket je semalam. Yelah, selalu cuti bangun lambat sikit, pastu tibe-tibe kene bangun awal pagi lak. Tu yang tak dapat tu. HAHAH..

Haritu aku agak lah bertuah jugak, sebab facilitator aku ni tak bosan. Sebelum ni, memang bosan lah. Sebab kite kene dengar die membebel pasal bende yang kitorang tak bape suke nak dengar. Ceramah sume cite pasal pembangunan pelajar. Macam interview, buat resume. Kalau aku tangkap muke masing-masing, memang kelakar tahap cipan lah. Ade yang buat muke nak tido, muke nak makan & macam-macam lagi.

Bulan pose pulak, bulan masing dalam mood lemah (yeke?). Nak dengar ceramah pun tak larat. Tapi terime kasih jugak rakan-rakan, diorang pun kelakar. Buat mood jadi naik. (^_^)

ni group member aku..

ni member yang tekun tulis surat..

2 org yg berdiri tu bukan group aku..perasan..

ni budak kos lain yang keliru haha

break time..

melepak...gosip lah tu..