Bersiap Sedia!


1..2...3...get set go! Ceh macam nak lumbe lari je. Padahal nak bersiap sedia nak raya. Sebelum raya macam-macam lah bende yang dibuat. Contoh seperti pergi pasar beli barang tuk buat masak lauk pagi raya, pasang langsir & macam-macam lagi lah. Memang seronok lah bile raya. Tapi tahun ni aku tak rasa raya hebat sangat lah. Mungkin sebab dah besar kot.

1st kite pegi pasar okay. Sebelum ni tak pernah pun pegi, aku suke lagi duduk rumah. Kali ni je, aku kene pegi teman kakak aku beli barang. Selalu mak aku yang pegi dengan kakak aku. So ape yang ade kat pasar tu?


Pasar nye kat tepi jalan, so agak sesak lah keadaan kat situ. Nak wat macam mane kalau diorang dah nak buat kat situ pulak kan. Terima je lah. Ape pun kitorang dapat beli barang yang dah mak listkan. Heheh.

Seterusnya, memasak nye part pulak. Anak dara mak yang ade 3 orang semua terperuk kat dapur. Semua nya menolong sesama sendiri tuk masak makanan yang biase di masak tiap hari raya. Selalu kitorang akan masak rendang ayam, daging sate, kuah kacang. Tapi tahun ni ade special sikit, mak masak nasi minyak & ketupat (selalu buat nasi impit)

kakak aku yang anyam..

ni aku yang anyam..jadi ketupat lain.

dah isi dengan beras..

kacang tuk kuah kacang..

request lauk buke..paru

nasi minyak..sape kawin??


ketupat yang dah siap..

daging masak sate..hanya di rumah aku

Selepas tu, kemas rumah pulak. Tahun ni langsir tukar baru. Aku balik, tingkap dah bogel. Aku lah yang kene pasang ni (dalam hati). Tahun ni pakai langsir emas, sofa warne merah. Bagus lah tu kan, macam-macam marne ade.

wah! langsir pun nak tunjuk ni..

Okay lah tu kan. Ni tuk share je. Macam ni lah aku beraya. Camne korang raya pulak??