I M Y


the girl

Short from i miss you. Bukan nye miss seorang jejaka atau pria, tetapi seorang rakan yang tinggalkan kan aku kat sini sorang-sorang. Dia adalah orang yang pertama yang aku kenal sejak aku masuk kat UiTM Sarawak ni. Dia adalah Adilah Liyana Ariffin.

hang out with her

Aku rase macam pelik je bile dia tak ade kat sini, sebab die lah teman borak, makan & everything even die bukan roomate aku lagi. Aku tau, aku still boleh borak dengan die sambil mengguna kan teknologi terkini, tapi rase die lain. Fyi, die sekarang tengah praktikal kat KL. Dengar-dengar die akan kembali tuk hantar report bulan 4 ni. Tak sabar rasanye, & aku harap aku ade time tuk die nanti.

Disebabkan jadual aku dah mule nak pack, aku harap-harap aku dapat spent last time dengan die kat sini. Nasib baik lah dah akhir semester, kalau die tinggal kan aku 2 semester lepas. Tak tau lah ape nak jadi.

Adilah Liyana, this post is for you & I M Y A L... LY

Matang Family Park


dilema budak sempoi

16 Jan - Sekumpulan remaja lingkungan umur 20 - 22 tahun menaiki kerete mengahala ke family park buat picnic. Lebih kurang pada pukul 10 pagi 2 kerete yang dinaiki 10 orang remaja sampai di Matang Family Park.

otw nak pegi nampak mendung je awan tu.

gunung ganang yang mempersona.

Bayaran di kenekan sebanyak RM3 tuk masuk ke family park tersebut. Pada hari tersebut 13 remaja berniat tuk sambut beleted birthday Ary, Waa, Bulb. Kene dengan tema picnic tersebut, sambil menyelam minum air adalah sesuai sekali dengan situasi berkenaan.

hujan rintik rintik time kitorang sampai.

Ketua projek iaitu Aspa menyediakan makanan tuk 12 orang pada hari tersebut. Terdapat makanan seperti mee, sandwich dan pelbagai makanan lagi. Mereka tidak sabar tuk menyelam air yang dalam dan sejuk pada hari tersebut. Sampai sahaja mereka bergegas menukar pakaian dan terus masuk ke dalam air.

tak pandai berenang, just berenang di tepian je.

"Sejuk gile air nye" salah seorang remaja mengatakan pada hari itu air sungai sangat sejuk. Hujan renyai tidak menghalang aktiviti mereka. Walaubagaimanapun, hujan berhenti serta merta selepas mereka berada dalam air 2 minit selepas itu.

banyak batu kat sini, duduk duduk je.

Salah seorang dari mereka yang sangat ketagih dengan air sungai tidak mahu naik, walaupun pada dasarnye die tak pandai berenang sangat. Pertama kali mereka berada dalam sungai beberapa jam, baru naik sebab lapar.

yang baju merah ngah berenang tu lah aspa. kitorang belah sane. tengah tu dalam.

Selepas makan, mereka turun kembali dan terus berada di dalam air sehingga pukul 3 lebih. Akhirnya, masing-masing keletihan dan pulang dengan hati yang gembira.

the end

Upgrade!

Everyday (bole di katakan lah) aku akan menuju ke belakang UiTM pegi makan. Tapi dulu, just ade restoran-restoran biase je. Jangan terkejut, sekarang lebih dari itu.

Kota Samarahan memang tangah maju sekarang. Sekarang dengan berjalan kaki, tak payah bazir duit sewa & minyak kerete kite dah dapat makan KFC, Pizza Hut & 7-11. Yang paling baru Pizza Hut lah.

the hut.

Aritu kitorang pegi makan kat pizza hut. Memang tak menang tangan lah worker kat pizza hut tu. Kelam kabut di buat nye. Lebih kurang kul 8 malam macam tu lah kitorang datang, table dah penuh dah.

Tak lama lagi aku mengharapkan MacDonald kat belakang UiTM ni. Tapi nak mengharapkan impian aku jadi realiti tu mungkin peluang nye 30% je, sebab aku dengar lah yang orang Sarawak ni prefer KFC daripade McD. Kite tengok je lah nanti.

Lepas makan Pizza Hut kite pegi makan aiskrim dekat Summer Valley, yang selalu nye aku akan tersasul sammy vallu. Adoyai!

sedap!

Selamat Tinggal 2009

Happy new year to all of my friends and family. Hoping the number 2010 will bring a good year to all. Aku sangat mengharapkan yang tahun yang lepas jadi pengajaran tuk teruskan hidup di tahun 2010.

Ape yang berlaku sepanjang tahun 2009 dalam hidup aku seorang remaja yang biase? Tahun ni ade kisah sedih dan gembira. Tapi akhir-akhir tahun ni, banyak pekara berlaku. Kebanyakannya seronok-seronok lah.

Baru-baru ni aku bercuti ke Kedah. Ade lah harapan after my sister cancel kan holiday family sebab masing-masing tak nak pegi. So aku cadang nak ikut je kakak farah dina aku balik ke kampung. Aku mule-mule duk lah kat umah suami akak aku kat baling, pastu aku berpindah pulak ke sungai petani tuk melepak dengan my cousins.

Otw pegi kedah ade kerete terbakar

Aku balik seorang diri naik bas, sebab akak aku nak duk lame lagi kat sane. Aku naik bas sani ekspress balik klang, memang best bas die sebab baru lagi. Aku balik siang, so tak ade kene mengena lah dengan bas yang accident hari tu. Mak aku takut gile lepas tu. Tapi semua tu bukan salah sani ekspress tu pun, salah pemandu tu.

Lagi satu yang menyeronokkan dalam bulan akhir tahun 2009 ni, bile aku bebas tuk bawak kerete kemana yang aku suke sebab aku akhirnya dapat gak lesen yang aku idam-idam kan sejak beberape tahun yang lepas. Gila malu weh, orang sume dah abis P, tapi aku baru terkedek-kedek lagi. Kene lah tampal sticker P kat kerete.

Suasana di Syahbandar

Itu lah yang aku nak cerita dengan korang. So, once again HAPPY NEW YEAR!