Pulang..



Selepas 3 tahun duduk di Kuching, sekarang sudah tiba untuk pulang ke negeri tersayang SELANGOR. Di kesempatan ini, untuk mengangkut barang yang tak berapa banyak aku memaksa abang & akak datang ke Kuching. Yelah, lepas ni mungkin susah nak datang ke Sarawak ni kan.

Kalau dah ade abang & akak datang, ape lagi, bawak lah mereka berjalan-jalan. Tapi tak berapa best jugak lah, sebab diorang just amik cuti 3 hari je. tak banyak tempat yang dapat di jelajah. Aku pun sebenarnya tak tau nak bawak pg mane pun. Sebab Kuching bukan nye besar sangat. Tempat yang best sume jauh-jauh.

Yang pasti aku sempat jugak menjejak kaki ke Semenggoh. Kawan-kawan aku sume pelik, nape beria-ia aku nak pg sane. Bukan best pun. Aku saje nak teman akak aku jumpa kawan-kawan dia sebenarnya. HAHAHA!

BULB the Pemandu Pelancong ;)

the Orang Utan

Best jugak ape pegi Semenggoh tu, sebab dapat tengok Orang utan yang tak ade dekat Zoo, yang paling penting open air tau. No pagar. Kalau kite buat bising, kemungkinan besar Orang Utan tu bole attack kite. Yang paling besar, name nya Ritchi.

Ni lah Ritchi, ni dari pandangan jauh. Kalau dekat, die lebih besar dari orang.

Tempat yang best, itu je lah yang aku sempat pergi. Agak kecewe lah, certain tempat pun charge terlalu mahal. So diorang tak nak pun pergi. Nasib baik aku dah pegi dengan member dengan menggunakan kehebatan kad pelajar, saya dapat diskaun hebat.

abang & akak