Party Tak Ade Class


Salam 1 Malaysia. Hey, today post is about my good mood. Hari-hari good mood aje aku ni. Memang bagus pun kan?

Kalau pasal class cancel, 1 dunia boleh dengar jeritan kegembiraan class mate aku. Wah! memang dashat tau, bukan calang-calang class mate aku ni. It happen today, bile class yang sepatutnya ade quiz jadi cancel. Itu yang diorang terlebih excited tu.

Aku pun dengan gembira nya menuju ke McDonald berdekatan untuk meraikan & menemani class mate aku yang teringin nak makan McD. So merempit lah aku ke McD tu & terus order latest limited time menu GCB. Aku pulak dah malas nak makan lagi, aku order lah mcchicken je. Heheh.

she is my class mate

posing lok.. :D

Bole je jadi walaupun kitorang berdua je yang meraikan parti tersebut. Hahaha. Memang kelakar lah. Macam dating pun ade jugak tau.

my tea party (?)

the greatness of GCB

model baru McD? haha

New Friend (versi lambat update)

Hai Kawan-kawan. Sebelum ni ade aku post bout kehadiran aku ke tempat baru iaitu di UiTM Shah Alam. So, sejurus itu, aku pun mula berkawan dengan classmate aku. Okay, buat mase sekarang ni, aku selalu lepak lah dengan 3 orang kawan baru yang berasal dari UiTM Sabah.

Yang mengejutkan aku tu, salah seorang dari mereka adalah kakak kepada rakan aku yang aku kenal kat Sarawak dulu. Ha, memang betul kebetulan tau. At first aku memang dah scan muke dia, & come out with keputusan yang rupa die memang same dgn kawan aku kat sarawak dulu.

dis is FLORA my friend kat Sarawak

Bila dah investigate, rupe-rupenya memang betul lah yang die tu ade hubungan kekeluargaan dengan kawan aku kt sarawak tu. Kawan aku kat sarawak tu name dia Flora, kakak die plak name Laura. Name pun dekat-dekat kan.

dis is LAURA

Sekarang ni aku nak share lah dengan korang sape kawan aku yang aku kenal dekat UiTM Shah Alam ni, supaya jangan lah risau pasal social aku. Walaupun aku sorang-sorang je dekat sini, aku tetap ingat kat korang wahai sahabat UiTM Sarawak ku. Huhuhu. :(

S.A.B.M


Ape lah maksud entry aku kali ni yek. Mesti korang tertanya-tanya, & some of you all maybe dah tau ape kah maksud di sebalik huruf SABM. Okay, aku nak share dengan korang satu website yang seorang sahabat aku introduce kat aku. It's about spirit. Maksud SABM ni adalah, Saya Anak Bangsa Malaysia.

Aku agak tersentuh bila aku dah baca about this website. It's shares pictures, stories & more bout Malaysia, yang maybe korang tak akan terfikir lah sebenarnya benda ni ade. Obviously, website ni banyak share stories bout our country & wanted to gain 1 Malaysia spirit.

Memang bagus sangat kan? So try check them out at here : SABM

Another story aku nak share dengan korang is about Student Power. As a student, aku rase perlu untuk aku tahu tentang ni & sape-sape yg digelar Mahasiswa. You will know bout what is AUKU & more

To know more bout Student Power, how bout check the website : Student Power

Not to forget, if you all ade facebook try usha this page : Fahmi Reza

Mari Kita Bersatu!

2 Raya

Salam 1 Malaysia. Today entry about me, me & also me. :D

1. Hari Raya
Pada 4-7-10, aku bersama mak & juga kakak pergi berjalan ke JAKEL Shah Alam yang baru bukak tu. Ini jugak atas cadangan aku sendiri, sebab aku dah boring tahap gaban duk dekat rumah tak ade buat pape.

At first konon nak tengok kain, on that time pulak ade pulak happy hour. Sume kain jadi murah, ape lagi kakak & mak aku. Berpusu-pusu mencari kain untuk hari raya nanti. Aduh, yang x seronok nye, 1 pasang kain yang di cari ambik mase sampai 1 jam. Kaki aku dah hampir cramp disebabkan berdiri terlalu lama. Aku cadang kan, letak lah sofa ke ape ke untuk orang yang tolong teman je ni. Balik aku terus lunyai tau..


pilih jangan tak pilih!

2. Jalan Raya
Entry kali ni, ade 2 cerita. Kisah kedua ni pulak pasal aku ke "sekolah" menaiki kereta. Pada mulanya, aku ni menunggang motorsikal ke "sekolah". Pada satu hari, motor aku mengalami demam panas. Maka, aku pun mengambil keputusan untuk menaiki kereta je. Senang(?)

Masalah pulak bila menaiki kereta ialah, kesesakan lalu lintas. Pergi aku rase, boleh di maafkan sebab most of my class start pukul 10 pagi. Time-time gini, tak ade lah kereta sangat. Tapi yang tak dapat dielak bile waktu orang balik kerja. Sume orang nak sangat sampai rumah cepat sebab takut nasi kat rumah habis, certain people ambik keputusan untuk menyalah guna kan laluan kecemasan.


Aku tengok memang terlalu sakit hati, sampai aku amik gambar kereta yang tidak bertanggungjawab tu. Nak je aku sebar kan no plate kereta tu. Tapi, aku ni terlalu baik untuk berbuat demikian. Korang tengok lah sendiri bukti-bukti ni.

Kereta putih yang bertuah! Tahniah! (ade banyak lagi)

New place



Kali ni, cite tak ade lah gempak mane. Cume aku nak bagi tahu kat korang yang aku ni dah masuk degree kat shah alam. Wah! Teruja rase nye bile dah dapat masuk degree ni. Yelah kan, pendidikan semakin di pandang tinggi.

Memang bersyukur sangat-sangat bila dapat sambung ni. Aku pn memang teringin nak kampus yng dekat, boleh lah aku sentiase duk umah. Walaupun kadang-kadang umah ni menyakit kan ati aku. Hehehe.

Pade 2hb July, aku pg mendaftar secara rasmi di UiTM Shah Alam. Aku ni memang seorang yang kelam kabut. Aku mewarisi perangai seseorang. Bila aku sampai sane, dengan aku nye fail yang pelbagai buat aku rase macam banyak sangat benda yang aku bawak. Secara clumsy nye, aku pergi mendaftar di bangunan inovasi. Aku sepatutnya pergi di Fakulti dan mendaftar terus kat sane, tapi tempat lain yang di tuju. Tak ape lah, asal kan aku pergi mendaftar.

barang yang tersembunyi dalam beg aku semasa mendaftar..

Yang best nye salah tempat mendaftar ni, aku tak payah menyusah kan diri untuk pergi tangkap gambar pada hari lain. Aku just tunggu aku nye kad matrik siap je, sebab aku terus tangkap gambar kat bangunan inovasi tersebut.

Aku tak keseorngan pada hari tersebut, aku di paksa untuk berteman dengan abang aku yang no 2. Ini sume angkara mak aku. Dengan muka ketat nye, abang aku pun ikut. Aku dengan rase terharu, aku dapat treat dari abang aku. Lunch free. Itu pun murah. Tak ape lah, asal kan HALAL.

Aku datang lambat time hari daftar tu, sebab malas nak berpusu-pusu nanti. Bila ddah datang lambat, aku nye proses pendaftaran pun selesai dengan cepat & pantas. Sume dah abis, terus lah pecut kereta balik & tido.

Party Before Study

Party tu bukan nye maksud aku pegi clubbing ke ape kan. Just having fun kuar dengan kawan-kawan sebelum masuk belajar balik. Aku just berparti dengan 3 orang rakan karib. Aku & mereka pergi tengok wayang dekat Mid Valley, cerita Knight & Day.

Keje aku sekarang ni memang suka tengok wayang. Membazir duit kan? Memang pun, tapi nak buat ape lagi. Itu je lah yang paling best & paling senang. Boring betul hidup aku ni kan. Kesian betul. HAHA!


Anyway, 3 orang sahabat aku ni terdiri daripada Adilah Liyana, Najwa Bahri & Ahmad Shazwan. Diorang ni jugak lah punca aku balik lambat. Nasib baik mak aku tak tengking aku bile aku sampai kat umah tau.

Lepas tengok wayang..

Budak gila & budak comel (saya) :D

Selain daripada menghabiskan duit beli tiket wayang, tak lupe jugak kitorang pegi makan dekat Noodle Station & Domino's Pizza.

At Domino's

Lepas tu, ade lah adegan lucu yang tidak disengaja kan. Tapi budak 3 orang tu memang suke gelak kan aku. Aku tak nak lah cite ape die, biarlah rahsia.. :P