Fine Dinning

Hari ni aku nak cerita pasal experience aku pegi fine dinning dekat fakulti hotel and management. Aku nak tolong kawan, die sebenarnya tengah test tuk serve orang. Disebab kan makanan dengar macam sedap, harga pun murah aku pun deal dengan kawan aku yang lain datang pegi makan kat tempat tu.

So dengan semangat nya aku & kawan aku Syafiq berjalan dari fakulti bisnes ke fakulti hotel. Mula nye, kitorang ingat tak ada lah jauh sangat fakulti diorang ni, tapi bila dah start jalan rupenye 15 minit jugak lah kitorang berjalan ke sana. Fuhh, basah semua nya. Hahah!


Aku sampai lebih kurang kul 1245 tengah hari, perut dah berbunyi macam-macam. Tapi aku janji makan ber-4, yang 2 orang lagi makhluk Allah ni tak datang lagi. Nak menghormati yang lain, kitorang pun tunggu lah diorang ni. Tunggu punye tunggu aku ngan Syafiq dah tak tahan tengok orang sekeliling melantak. Terus cakap dengan waiter kitorang nak appetizer.

Lepas je abis makan appetizer, baru lah minah 2 orang tu nak datang dengan kelam kabut nye. Disebab kan diorang lambat, terlepas lah dengan makanan main course ayam & spegeti. Sedap kot, sayang gila lah diorang tak sempat. Baru je lepas appetizer dah kenyang. Mana tak nye, sebelum appetizer lagi dah bedal roti sampai berketul-ketul. Haisss...nasib baik abis jugak sampai ke dessert. Makanan sedap, layanan pun Ok lah kan, name pun kawan. :) Overall i enjoy it!
All thanks to BULB & DIN! :D

Panfried sea bass lemon butter sauce with parsley potatoes & sauted selected vegi

roasted spring chicken serve with tomatoes & cream with sauteed spaghetti & roasted trio mushroom

Din serve Syafiq. Nyampah aku tengok Sya yang cover hensem! :P

Makcik rempit yang

cake. nyum!

Bulb serve me! :D

Aishah kelaparan. haha!

Steamboat












Bulan raya ni, orang patut makan free kat rumah terbuka, tapi kitorang anak beranak pg makan kat steamboat seri segi kat seksyen 23 shah alam. Sepanjang perjalanan memang banyak lah rumah terbuka, rasa menyesal pun ade lepas tu, tapi hajat pasti diteruskan.
Memang banyak makan kat sana, aku nye perut ni dah tebal gile. Tapi yang pasti aku tak merugikan duit dengan tidak makan. Nampak sangat aku ni pelahap kan. Tak pe lah, dari orang belanje aku tak makan.

Harga rm20++ kot. Aku tak sure sebab bukan aku yang bayar. Makanan nye boleh tahan, tempat pun memuaskan. So kalau nak pegi, tempat ni baru je bukak. So tak ade lah ramai sangat orang tau tempat ni. Dari uitm shah alam korang akan nampak banner merata pasal location seamboat ni.

Hari Raya Bagai Nak Gila!

Ha, macam lagu senario lah kan, semua bagai nak gila bila raya. Aku lah salah satu orang yang gila bila raya. Bukan gila, tak siuman ye. Aku ni memang suka bila raya, bole balik kampung, jumpa sedara mara, dapat duit raya. Heheh!

Tapi tahun ni aku tak ade rase sangat macam sebelum-sebelum ni, gila sikit mesti ade lah. :P
Tahun ni aku dah tak perlu kembali ke Sarawak even aku sangat merindui suasana raya kat sana, tapi sume ade balasan die, aku tak dapat beraya dengan kawan sarawak, tapi aku dapat luang masa dengan kawan kat sini. Yang sebelum ni aku susah sangat nak pergi raya rumah diorang. :)

Aku just nak kongsi dengan korang lah suasana raya aku kat sini. Enjoy dengan gambar!







Kuih Raya, Lauk Raya & Selamat Hari Raya!

Raya esok je lah kawan-kawan. So korang dah ready nak raya & makan banyak-banyak? Oho, jangan makan terlalu banyak. Obesiti nanti. Hehehe.

Sempena hari raya, mesti lah ade kuih raya & lauk-lauk yang sedap dan jarang masak pada hari-hari biasa. Itu yang aku paling tak sabar. Tiap tahun aku wajib buat 1 kuih name nye MAKMUR. Sebelum ni mak aku yang buat, tapi mak aku dah tak larat so aku & akak aku lah yang akan buat.

nak membentuk menjadi bola

lepas kuar oven...HoT

dah di salut gula kastor. Sedia di makan. YUM!

Memang senang sangat nak buat kuih ni tau. Campur je bahan-bahan nye. Aku rase tahun-tahun depan aku nak jual lah kuih ni. Hahah. Baru bole dapat duit. Semalam aku dah start buat kuih raya dengan akak aku. So sape nak rase kuih raya ni, boleh lah datang rumah ye. Jemput. :)

Selain dari kiuh wajib yang kene buat setiap tahun, on this year lauk pauk aku pulak yang lain dari lain. Selalu nye, orang akan buat rendang daging atau ayam, tapi kitorang satu family cadang pulak nak tukar daging. Meaning, kitorang buat itik & rusa. Memang tak pernah di buat orang kan. Tapi on 1st hari raya je lah yang kitorang akan buat, kering lah duit kan kalau buat hari-hari.

itik!!

So tahun ni memang special. Saya ucapkan, SELAMAT HARI RAYA. Sape nak balik kampung tu, bawak lah kereta elok-elok. MAAF ZAHIR & BATIN. :D