Crabby Soup

Owh, macam dah blog resipi je kan. HEHE. Aku saje nak share dengan korang, tadi baru je aku masak sup ketam. Nak buat sup ketam senang sangat. Tapi, nak membelah ketam tu yang ade teknik nya. Aku ni baru belajar macam mana nak belah ketam. So korang, belajar lah dari saya. :)

First, kat bawah ketam tu ada lah macam 'poket' , so korang mula dari situ.


2nd, korang kene kopak bahagian atas ketam tu. Kopak macam dasyat je bunyi. Korang jangan buat time ketam tengah hidup pulak. Menyeksa nama nya tu.


Next, korang potong lah kepit ketam & kaki ketam tu. Dalam tu tak ada daging pun. So better buang lah.



Kalau nak buat sup ketam tu, just need bawang besar, bawang putih & halia.


Tumis semua bawang then tambah air, garam & ketam. Masak lah dalam beberapa minit. Siap!
Senang gila.

Tapi sup ketam aku ni memang yang paling senang & rasa biasa je. Korang try lah, aku ni tak makan ketam. Aku tak heran dengan ketam, tapi aku belajar jugak. Dah sedia jadi isteri orang ke ni? heheh.

Healthy Life


Semua orang mengidam kan bentuk badan yang menarik kan? Aku pun. Hehehe. Tapi mengidam je tak guna, cuba korang usaha kan. Aku ni sangat mengidam kan bentuk badan macam artis korea. Ha, sekarang kan demam korea tengah melanda negara ni. So aku pun banyak tengok artis perempuan Korea ni. Fuhh, kalau aku pun kata cantik lelaki apatah lagi.

Macam artis Korea kat bawah ni, kurus dan cantik :

Girl's Generation @ SNSD

Kurus tu boleh, tapi jangan lah sampai melampau sangat okay. Sekarang ni, level obesiti kat Malaysia pun meningkat macam kat USA sana. Bahaya weh! Korang perasan kan banyak iklan kesihatan kat TV tu. Kurang gula lah, jalan 10,000 langkah sehari lah & banyak lagi lah.

Aku ada lah praktik kan benda tu semua. 10,000 langkah tu susah lah sikit, tapi kurang kan gula tu ada. Aku cuba kurang kan makan benda manis macam gula-gula, aiskrim, air milo tabur (my fav) & biasa kan diri minum air kosong banyak.

Aku suka sangat bila berpeluh & jantung aku laju. I like dancing. Ada cuba rakam dancing aku, sumpah buruk. Sambil meyelam minum air, aku berlatih menari sorang diri dan bersenam. Aku download suma video korea yang dance dia menarik, then aku buat hari-hari sampai aku pandai. Best tau, korang cuba lah. Jimat sekali. :)

Baru-baru ni ada aku pergi ke Bukit Cherakah lagi sekali bersenam sambil bersiar-siar. Best, tapi tak dapat naik basikal sebab ramai orang hari tu. Nanti nak pergi lagi, so sape yang nak ikut bagitahu lah.

Lastly, peringatan buat semua. Jaga diet anda :)

Zoo Negara



Pada hari cuti hari tu, aku, akak aku yg first & anak buah aku yg kecoh tu pergi ke Zoo Negara. Dengar macam budak-budak je yang sesuai pergi tempat macam tu kan, tak pun mak bawak anak pergi bersiar siar. Korang tak sedar ke yang korang sebenarnya dah lama tak jejak Zoo Negara sebab korang dah besar.

Eh, tak ada makna lah tu semua. Besar ke kecik ke sama je lah. Pergi lah Zoo kat Ampang sana, tengok haiwan apa yang ade. Tanya lah khabar sekali kat sedara korang sana. Ish, apa guna bersaudara macam tu. HAHA! Linnyfer Lingki label kan aku kaki besi, sebab baru je balik sarawak dah terus pergi jalan jalan esok nya. I like.

Aku ni sebenarnya boleh di label kan sebagai teman kakak aku bawak anak buah kesayangan dia pergi. Yelah, kalau dia yang pergi berdua je dengan kakak aku, memang tak terlarat dia. Anak buah aku tu, nama je perempuan tapi lasak nya tak terbendung.

Aku suka sangat hari tu, sebab ada nya kamera abang aku. So aku ni jadi photographer lah. :D Aku suka tangkap gambar, as you all know lah. Lagi lagi ada budak kecik demand tinggi tu. Susah sungguh nak tangkap gambar dia korang tau. Dapat lah belajar teknik tangkap gambar kan. Best sangat. Rasa nak pergi lagi, bila tak ada orang ramai kat situ. Hari tu aku pergi, boleh tahan ramai jugak orang sebab cuti kan.

Sekian Terima Kasih (^_^)

zirafah si tinggi lampai :)

Ha, berani tak saya? :)

ni sedara korang! Haha!

ni lah makcik kecoh, demand tinggi !


Officially Alumni



Congrats to me and all of my friend yang recently dah terima segulung ijazah. Kitorang experience convocation day yang sangat meriah sekali! Walaupun at first aku rasa macam tak seronok je konvo dekat Sarawk tapi I totally wrong okay!

As you all know, aku di hantar ke Sarawak. Ape yang best sangat bagi aku, bila aku fikir balik. Aku dapat konvo & duduk sebelah dengan orang yang aku kenal iaitu budak budak kelas aku gak time diploma dulu. :)

Then, masa yg tuk bagi ijazah tu tak lama. Sekejap je dah abis, bole balik atau keluar jalan lepas tu. Seronok sangat! Ade jugak yang tak seronok nye. Family tak datang tengok :(

Bila aku keluar dari dewan tu je, ramai family tunggu kita berarak. Amik gambar, tapi aku tak ada orang tunggu pun. Haiiisshh, nasib bukan aku sorang yang solo.

Segulung ijazah untuk Mak! :)

My FF <3>

Adilah Liyana

ANC Jeff

My FF

My Classmate 2007 - 2010

where you at?


i'm now kat Sarawak bumi kenyalang. Saya berada di sini kerana terdapat istiadat konvo. Ni adalah konvo yang pertama yang buat selain di Shah Alam. Kitorang ni yang pertama lah kan.

So, tunggu lah ape yang aku buat kat sini next post kay :)

Rumah Terbakar!



Topik nak suspen je kan. Jangan salah paham ye rakan rakan. Bukan rumah aku yang terbakar. Tetapi jiran terapat aku punye rumah plus kedai yang terbakar tak jauh dari rumah aku.

Memang terkedu aku terima berita. Semalam pukul 1 lebih pagi macam tu, aku dngar kecoh kecoh kat rumah sebelah. Aku ingat kenapa lah, ade orang mencuri ke. Sebab kebelakangan ni memang banyak kes curi, tapi yang pelik nye diorang sume start moto. Maybe kedai yang kene curi. Aku dengar hon motor, aku terus keluar rumah.

Cik Pah bagitahu kedai yang die dekat depan lorong sane terbakar. Aku terdiam kat situ jugak. Aku nak pegi tengok keadaan, tapi tak ade moto. Aku masuk balik kat dalam rumah, mundar mandir tak tentu arah.

Bape minit lepas tu, aku dengar bunyi hon moto jiran Ekin. Aku keluar, adik die Mat Nor rupe nye. Die datang terus kat aku sambil nangis nangis mintak tolong. Sampai sekarang aku still ingat macam mane rupe die. Aku kesian sangat, aku pun follow die pegi tengok. Dari rumah aku ke kedai tu 1 minit je dah sampai. Dari rumah aku, dah nampak warne api kat langit. Aku memang neves gila.

Nasib baik tak ade yang cedera. Aku sampai Cik Pah memang dah menangis teresak esak. Aku menggigil tengok api dah abis bakar semua kedai, termasuk rumah yang di sewa anak Cik Pah kat sebelah tu. Aku yang bukan pemilik kedai tu pun dah tak tentu arah, apatah lagi tuan punye kedai.

Bomba yang datang setengah jam selepas jiran aku telefon sempat padam api. Nasib tak merebak lagi jauh. Masalah air pun jadi sebab. Rumah semua kayu dekat dekat situ then dekat lagi. Aku memang takut sangat time tu, aku rase api macam syaitan.

Anak pertama jiran aku ni yang aku panggil Along, nak kawin hujung tahun ni. Aku fikir kan macam mane diorang nak hadapi semua ni. Aku just nampak mate yang sayu di mate diorang, menahan kesedihan.

Punca kebakaran yang aku dengar dari mulut jiran aku adalah fius dalam kedai tu yang terbakar. Litar pintas lah kira nye. Aku nak sangat tolong padam api semalam, tapi apakan daya api terlalu besar.

Kepada keluarga jiran aku, bersabar lah dengan dugaan tuhan ini.