Matang Family Park


dilema budak sempoi

16 Jan - Sekumpulan remaja lingkungan umur 20 - 22 tahun menaiki kerete mengahala ke family park buat picnic. Lebih kurang pada pukul 10 pagi 2 kerete yang dinaiki 10 orang remaja sampai di Matang Family Park.

otw nak pegi nampak mendung je awan tu.

gunung ganang yang mempersona.

Bayaran di kenekan sebanyak RM3 tuk masuk ke family park tersebut. Pada hari tersebut 13 remaja berniat tuk sambut beleted birthday Ary, Waa, Bulb. Kene dengan tema picnic tersebut, sambil menyelam minum air adalah sesuai sekali dengan situasi berkenaan.

hujan rintik rintik time kitorang sampai.

Ketua projek iaitu Aspa menyediakan makanan tuk 12 orang pada hari tersebut. Terdapat makanan seperti mee, sandwich dan pelbagai makanan lagi. Mereka tidak sabar tuk menyelam air yang dalam dan sejuk pada hari tersebut. Sampai sahaja mereka bergegas menukar pakaian dan terus masuk ke dalam air.

tak pandai berenang, just berenang di tepian je.

"Sejuk gile air nye" salah seorang remaja mengatakan pada hari itu air sungai sangat sejuk. Hujan renyai tidak menghalang aktiviti mereka. Walaubagaimanapun, hujan berhenti serta merta selepas mereka berada dalam air 2 minit selepas itu.

banyak batu kat sini, duduk duduk je.

Salah seorang dari mereka yang sangat ketagih dengan air sungai tidak mahu naik, walaupun pada dasarnye die tak pandai berenang sangat. Pertama kali mereka berada dalam sungai beberapa jam, baru naik sebab lapar.

yang baju merah ngah berenang tu lah aspa. kitorang belah sane. tengah tu dalam.

Selepas makan, mereka turun kembali dan terus berada di dalam air sehingga pukul 3 lebih. Akhirnya, masing-masing keletihan dan pulang dengan hati yang gembira.

the end