Kuih Raya, Lauk Raya & Selamat Hari Raya!

Raya esok je lah kawan-kawan. So korang dah ready nak raya & makan banyak-banyak? Oho, jangan makan terlalu banyak. Obesiti nanti. Hehehe.

Sempena hari raya, mesti lah ade kuih raya & lauk-lauk yang sedap dan jarang masak pada hari-hari biasa. Itu yang aku paling tak sabar. Tiap tahun aku wajib buat 1 kuih name nye MAKMUR. Sebelum ni mak aku yang buat, tapi mak aku dah tak larat so aku & akak aku lah yang akan buat.

nak membentuk menjadi bola

lepas kuar oven...HoT

dah di salut gula kastor. Sedia di makan. YUM!

Memang senang sangat nak buat kuih ni tau. Campur je bahan-bahan nye. Aku rase tahun-tahun depan aku nak jual lah kuih ni. Hahah. Baru bole dapat duit. Semalam aku dah start buat kuih raya dengan akak aku. So sape nak rase kuih raya ni, boleh lah datang rumah ye. Jemput. :)

Selain dari kiuh wajib yang kene buat setiap tahun, on this year lauk pauk aku pulak yang lain dari lain. Selalu nye, orang akan buat rendang daging atau ayam, tapi kitorang satu family cadang pulak nak tukar daging. Meaning, kitorang buat itik & rusa. Memang tak pernah di buat orang kan. Tapi on 1st hari raya je lah yang kitorang akan buat, kering lah duit kan kalau buat hari-hari.

itik!!

So tahun ni memang special. Saya ucapkan, SELAMAT HARI RAYA. Sape nak balik kampung tu, bawak lah kereta elok-elok. MAAF ZAHIR & BATIN. :D