Fine Dinning

Hari ni aku nak cerita pasal experience aku pegi fine dinning dekat fakulti hotel and management. Aku nak tolong kawan, die sebenarnya tengah test tuk serve orang. Disebab kan makanan dengar macam sedap, harga pun murah aku pun deal dengan kawan aku yang lain datang pegi makan kat tempat tu.

So dengan semangat nya aku & kawan aku Syafiq berjalan dari fakulti bisnes ke fakulti hotel. Mula nye, kitorang ingat tak ada lah jauh sangat fakulti diorang ni, tapi bila dah start jalan rupenye 15 minit jugak lah kitorang berjalan ke sana. Fuhh, basah semua nya. Hahah!


Aku sampai lebih kurang kul 1245 tengah hari, perut dah berbunyi macam-macam. Tapi aku janji makan ber-4, yang 2 orang lagi makhluk Allah ni tak datang lagi. Nak menghormati yang lain, kitorang pun tunggu lah diorang ni. Tunggu punye tunggu aku ngan Syafiq dah tak tahan tengok orang sekeliling melantak. Terus cakap dengan waiter kitorang nak appetizer.

Lepas je abis makan appetizer, baru lah minah 2 orang tu nak datang dengan kelam kabut nye. Disebab kan diorang lambat, terlepas lah dengan makanan main course ayam & spegeti. Sedap kot, sayang gila lah diorang tak sempat. Baru je lepas appetizer dah kenyang. Mana tak nye, sebelum appetizer lagi dah bedal roti sampai berketul-ketul. Haisss...nasib baik abis jugak sampai ke dessert. Makanan sedap, layanan pun Ok lah kan, name pun kawan. :) Overall i enjoy it!
All thanks to BULB & DIN! :D

Panfried sea bass lemon butter sauce with parsley potatoes & sauted selected vegi

roasted spring chicken serve with tomatoes & cream with sauteed spaghetti & roasted trio mushroom

Din serve Syafiq. Nyampah aku tengok Sya yang cover hensem! :P

Makcik rempit yang

cake. nyum!

Bulb serve me! :D

Aishah kelaparan. haha!