Healthy Life


Semua orang mengidam kan bentuk badan yang menarik kan? Aku pun. Hehehe. Tapi mengidam je tak guna, cuba korang usaha kan. Aku ni sangat mengidam kan bentuk badan macam artis korea. Ha, sekarang kan demam korea tengah melanda negara ni. So aku pun banyak tengok artis perempuan Korea ni. Fuhh, kalau aku pun kata cantik lelaki apatah lagi.

Macam artis Korea kat bawah ni, kurus dan cantik :

Girl's Generation @ SNSD

Kurus tu boleh, tapi jangan lah sampai melampau sangat okay. Sekarang ni, level obesiti kat Malaysia pun meningkat macam kat USA sana. Bahaya weh! Korang perasan kan banyak iklan kesihatan kat TV tu. Kurang gula lah, jalan 10,000 langkah sehari lah & banyak lagi lah.

Aku ada lah praktik kan benda tu semua. 10,000 langkah tu susah lah sikit, tapi kurang kan gula tu ada. Aku cuba kurang kan makan benda manis macam gula-gula, aiskrim, air milo tabur (my fav) & biasa kan diri minum air kosong banyak.

Aku suka sangat bila berpeluh & jantung aku laju. I like dancing. Ada cuba rakam dancing aku, sumpah buruk. Sambil meyelam minum air, aku berlatih menari sorang diri dan bersenam. Aku download suma video korea yang dance dia menarik, then aku buat hari-hari sampai aku pandai. Best tau, korang cuba lah. Jimat sekali. :)

Baru-baru ni ada aku pergi ke Bukit Cherakah lagi sekali bersenam sambil bersiar-siar. Best, tapi tak dapat naik basikal sebab ramai orang hari tu. Nanti nak pergi lagi, so sape yang nak ikut bagitahu lah.

Lastly, peringatan buat semua. Jaga diet anda :)

Zoo Negara



Pada hari cuti hari tu, aku, akak aku yg first & anak buah aku yg kecoh tu pergi ke Zoo Negara. Dengar macam budak-budak je yang sesuai pergi tempat macam tu kan, tak pun mak bawak anak pergi bersiar siar. Korang tak sedar ke yang korang sebenarnya dah lama tak jejak Zoo Negara sebab korang dah besar.

Eh, tak ada makna lah tu semua. Besar ke kecik ke sama je lah. Pergi lah Zoo kat Ampang sana, tengok haiwan apa yang ade. Tanya lah khabar sekali kat sedara korang sana. Ish, apa guna bersaudara macam tu. HAHA! Linnyfer Lingki label kan aku kaki besi, sebab baru je balik sarawak dah terus pergi jalan jalan esok nya. I like.

Aku ni sebenarnya boleh di label kan sebagai teman kakak aku bawak anak buah kesayangan dia pergi. Yelah, kalau dia yang pergi berdua je dengan kakak aku, memang tak terlarat dia. Anak buah aku tu, nama je perempuan tapi lasak nya tak terbendung.

Aku suka sangat hari tu, sebab ada nya kamera abang aku. So aku ni jadi photographer lah. :D Aku suka tangkap gambar, as you all know lah. Lagi lagi ada budak kecik demand tinggi tu. Susah sungguh nak tangkap gambar dia korang tau. Dapat lah belajar teknik tangkap gambar kan. Best sangat. Rasa nak pergi lagi, bila tak ada orang ramai kat situ. Hari tu aku pergi, boleh tahan ramai jugak orang sebab cuti kan.

Sekian Terima Kasih (^_^)

zirafah si tinggi lampai :)

Ha, berani tak saya? :)

ni sedara korang! Haha!

ni lah makcik kecoh, demand tinggi !