China to Japan to USA



Sebelum ni perjalanan mencari kimchi, kali ini pulak serata dunia. Macam dah buat jalan jalan cari makan antarabangsa. Hehe.

Aku and kawan kawan sekelas ingat nak pegi makanan jepun kat seksyen 20+ tu. Oshima. Tapi last last takut tak jumpa lah. Sebab masing masing nak balik cepat (tapi balik lambat jugak). Finally pegi je makan kat Plaza Masalam. Kat situ member kate ade makanan steambot. So kitorang pun pegi lah kat Pak Long Nelayan Steamboat and Luk Luk.





Kitorang order 1 set family, tapi tak cukup kot. Nasib harga murah. Then masing masing lapaq lagi, kitorang pun menuju ke stall Japan sebelah je dengan Pak Long Nelayan tu. Mesti orang kate kitorang ni banyak makan. Lagipun, kitorang nak bagi kawan kitorang dua tu cuba makan. First time makan kata nye.

Top: Okonomiyaki. Bottom: Takoyaki

Then final destination is Tutti Frutti. Ape yang di agung kan korang pasal makanan ni pun tak tahu lah. Aku baru first time makan ni. Biasa je. Haha. Tapi sedap lah kitorang pilih mango flavour. Masam but nice. Campur plak dengan buah strawberry kan. Meletopp! :D


Tudung Ekin


Wow, popular ekin tau. Haha. Aku baru je nak cube cube pakai tudung macam ni. Agak agak, sesuai ke dengan aku? Muke aku pakai tudung ni nampak tua ke nampak muda? Hehe.

Mulut Itik

Kegairahan anak anak muda sekarang tangkap gambar dan menggaya kan mulut itik ini sangat berleluasa. :D

Aku pun dah mula terpengaruh dengan gaya mulut itik ni. Aku rasa aku punye muke kurang tembam bila buat mulut itik ni. Tu yang suka sangat nak muncung mulut bila nak tangkap gambar ni. Rasa early teen pulak kalau ashik sangat nak bergaya dengan mulut itik ni. Yelah, selalu nye budak budak sekolah yang bawah 20 lah yang suka buat. Tapi tetiba si dewasa ni baru berjinak jinak nak buat kan. XD

Saje je nak share gambar yang aku tangkap sejak hari raya. Aku baru perasan yang aku ni banyak buat gaya mulut itik tu. Kebaikan die, muke nampak slim sikit lah. Nampak lah cantik, jelita, gojes dalam gambar tu. Heee~


Jangan teperanjat, ade orang kate comel tau. XD


My BFF wedding!

Rase sangat seronok bila one of my best friend kawin. Die adalah Farhana bt Mansor. Sebaya dengan aku iaitu 22 tahun, dan dia diijab kabul dan bersanding pada 10 september 2011.

She is Farhana.

Sekarang mula lah teringat ingat zaman sekolah dulu. Masing masing duk tunding jari yang die kawin dulu. Sekarang terbukti lah yang Farhana jumpa dulu teman sepanjang hayat die :)

We are best friend forever :)

Sepanjang hari sabtu tu, aku and 3 lagi kawan sentiasa berada di sisi si mulut becok ni. Nak tolong menjayakan hari bahagia dia ni. Tema si pengantin berwarna biru, tapi kitorang ada yang pakai kelabu and krim. Tak kesah lah, asal kan bahagia. HEE~

Again, Congrats to my BFF Farhana bt Mansor. Semoga berbahagia ke anak cucu. We All Always be there for You Kay. Remember that ;)

So bile turn saya pulak? :P

Selamat Hari Raya


Rase nye dah lambat nak wish, tapi still dalam bulan Syawal kan. :) Selamat Hari Raya Semua!

Lame tak jenguk dalam Blogger ni. Fuhh, memang dah berabuk lah tempat ni. So now Am back! Nak share sikit cerita ape yang aku buat selama aku tak post ape ape pun kat blog ni.

Well, selama 4 bulan UiTM bagi aku cuti, so aku amik kesempatan nak cari duit. Earn money for living. Yelah, kalau duduk rumah pun tak ade orang nak bagi duit kat aku kan. So kerja lah bagus. Lagi pun aku tak pernah kerja sebelum ni. This is the first time.

Aku just kerja part time dekat The Store Klang as promoter. Memang best lah pengalaman yang aku dapat ni tau. Mula mula ade lah rase macam bosan and everything. Tapi bila dah kerja then hari raya pulak, ramai gila orang sepah kan baju yang aku lipat. Memang menguji kesabaran lah.

So these are my friends kat tempat kerja :D

aan si tomboy

Ekin + Shima

gila tangkap gambar just like me :)

Ipin, so upin mane? XD

Nana yg gojes.

Then sekarang ni pulak dah tibe mase UiTM panggil aku belajar balik di Puncak Alam. Sekarang tengah nak sesuai kan diri kat tempat baru. Tak pernah aku pergi belajar selama 4 tahun ni kat tempat yang setinggi 17 tingkat. Nanti kite cerita lagi lanjut kay.

So, mula masuk belajar. Kepada budak budak U yang dah masuk belajar, selamat belajar :))
Sekian.