Spagetti Carbonara :)


Sebagai seorang wanita kite kene tahu macam mane nak memasak. Senang dapat kat kita gak sebab nanti dah kawin, suami pun lekat je kat rumah. Hehe.

Sekarang ni aku dah start kerja balik lepas syok cuti sebulan. So dah kerja duduk kat rumah kakak kat Kapar. Selalu aku lah yg akan sampai rumah dulu. Nak elak kan dari makan lambat and takut angin masuk perut. Terpaksa lah masak makanan sendiri. Satu sebab tak nak beli makanan kat luar ialah tak ade duit and satu lagi sebab, kakak aku dah beli macam-macam kat rumah tu. Tinggal masak je.

So yg ade kat rumah hari tu, spageti and prego carbonara. Tapi masalah nye aku tak pandai nak masak pn. Tak pernah masak langsung carbonara tu. Kakak aku plak kate carbonara tu tak sedap pun.

Aku pun cari lah resepi kat internet, thanks to sape yg share resepi kat myresepi.com. Aku amik and masak kat rumah jadi siot. Kakak aku pun kate sedap. Seronok pula bile di puji macam tu, dah lah kite tak pernah masak carbonara sebelum ni.

Moral of the story, kalau kita dah terdesak kita tak tahu pun boleh jadi tahu. Betul tak?


tadaaaaaa~ :D