Awak Marah Ke?




Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsi sikit perangai manusia sekarang yg ramai orang tak berapa nak suka lah. Sebab kalau aku pun aku tak suka.

Perangai suka nak tanya even benda tu dia dah tau. Siapa tak angin kan kalau dah terang lagi bersuluh benda tu lagi nak tanya. Contoh macam orang tu suara dah bergetar, mata dah berair & hidung pun merah lagi mau tanya "awak menangis ke?" Apa korang rasa agak agak?
 
Aku ni suka sangat cari pasal dengan teman tapi mesra aku. Nak dijadikan cerita, baru baru ni ade lah terkasar bahasa kan. Then tiba tiba die senyap je, banyak word yg keluar dari mulut dia pun macam "hmmm", "k" hahaha. Aku yg curiously cat ni tanya lah kat dia "u marah ke?" pastu die jawab dgn nada yg marah "tak ada lah, suka sangat" Perli nampak nya.

Yang pasti lepas kejadian aku rasa amat lah bangang sebab aku tanya soalan bodoh kat dia padahal aku tahu jawapan dia. Bukan nya ape, aku cuma nak memastikan. Main redah je kang, kate kita tak amik berat pulak kan :D

Tapi aku perasan jugak lah, orang Malaysia ni nak mulakan perbualan mesti nak cakap camtu kan? Perasan tak? Hobi baru aku sekarang ni antara duduk rumah, aku suka layan YouTube. Antara youtube star yang aku suka macam Jin Hitz.Fm tu. Dia rajin lah buat vlog kat channel dia. Salah satu video berkenaan dengan benda ni lah. Kelakar sangat bila mak Jin tu pun ada sekali and mak dia kelakar gila.

Try check it out dia punya work of art. Salah satunya kat bawah ni:



Rindu Datang Lagi :)

Assalamualaikum,

Sekarang ni dah lebih 4 bulan aku meninggalkan zaman belajar. Bila sedang menaip dulu time aku tengah kerja, tetiba teringat time dalam kelas berborak tak ingat dunia even lecturer dah abis air liur cakap kuat kuat kat depan.

Walaupun dah meninggalkan rakan-rakan dan masing-masing dah balik ke negeri Kedah, Terengganu, Penang, Johor, Kelantan, Sarawak dan Sabah tapi mereka tetap datang hadir tuk berjumpa berborak.

Tapi tak semua nak bekerja kat negeri masing masing sebab peluang pekerjaan kat sini lagi besar dan gaji lagi lumayan. 

Baru-baru ni seorang kawan dari Penang datang dan ingin berjumpa dengan aku. Sungguh terharu kerana masih lagi tak berat tangan diorang untuk mendail nombor telefon aku dan bagitahu hasrat nak jumpa. Dengan tak mengendahkan peraturan mak yang kena balik lambat aku pun setuju dah diorang terus menculik aku pergi lepak kat Damansara.

Akim, Farah & Acap :)

Belum makan pun tapi dah nampak gemuk nya :'(

Tujuan lepak kat Damansara sebab sorang kawan aku duduk sana. Mula-mula rasa sangat bersalah sebab rumah aku jauh, ada mall kat sini pun bukan ramai yang tahu. Then kitorang pun lepak kat Damansara makan.

Memang selama ini aku dah tanam niat tak nak makan malam sebab plan diet lah kan. Malam tu pulak macam-macam diorang order. Memang dah cakap tak nak makan tapi diorang paksa jugak :(

Look at the Food :o

After dah makan semua (abis jugak lah kan) itu pun dah pukul 1:00 pagi. Mak dah banyak kali call suruh balik and sama je lah alasan, common answer "on the way dah ni" Sorry Mak~

Akhirnya sampai rumah pukul 2:00 pagi. Sangat seronok dapat jumpa dan makan-makan, even kene bebel sikit lah dengan mak. Overall, puas :)


Acap, Ary, Alipa & Arah? Ahahah Farah :P

p/s: Jangan buat mak risau, tak baik. Pesanan untuk semua termasuk saya sendiri

Oh My Gucci !

Assalamualaikum,

Sad to know that my last post is on 19/92012 ! Oh my Gucci *surprised face*

Tak payah nak surprise sangat lah, memang dah kau tak rajin nak update blog kan. Bukan ape sebab saya tak ada masa nak duduk depan komputer menaip apa yang saya buat selama ni.

Orang yang selalu update blog ni mesti ada diari tuk luah perasaan kan? Tau dah.

Ok sekarang ni banyak benda nak cerita, even I know that I don't really have followers to read my blog right? *sad face*

But it's okay, kita kena lebih berusaha lah kalau nak gain ramai peminat kan? :p Peminat lah sangat.

Anyway guys, rasa nak buat renovation sikit kat blog ni. And a lot of cerita panas yang nak di kongsi kan. Buhbye and see ya :)