I WISH FOR...

Assalamualaikum,

Dah tak banyak kerja kat opis ni rasa lah idea merapu dalam kepala ni mula mencurah curah.

Saya suka kan barang elektronik. Right now, saya menggunakan dua bijik tepon sebab saya ada dua simkad. HAHA. Dulu lagi teruk, 3 bijik. Ni dah kurang sebab malas nak bawak tepon banyak banyak. Dah lah tepon tu bukan kecik. Haii lah dunia.

Sekarang saya teringin kan barang elektronik yang di namakan Macbook Air. Hahaha. Rasa ridiculous tak kalau saya mahukan komputer riba itu? Ala, boleh lah pleaseeeee...

Saya nak kereta, saya nak motor besar and sekarang nak laptop berharga 3 ribu pulak??? Haish, nape suka sangat nak membazir aku ni. Tapi betul lah, nak sangat. Tapi kena pikir betul betul lah, macam aku ni nak pakai sangat benda ni kan? Tapi kenapa aku nak sangat benda ni?

Ni semua nya nafsu belaka. And aku ni sangat bahaya tau kalau ada duit di tangan. Barang elektronik mahal mana pun aku sanggup beli. Yes I AM TECH GEEK!~ Call me anything, I don't care.

Bukan ke satu benda yg bagus jugak sebab boleh update blog, edit gambar and macam macam lagi lah. Seronoknya bila memikirkan benda tu semua!

So which one agak nye? Atau ini sekadar angan angan semata?

Yawww !

Assalamualaikum,

Hari ini mood HipHop melanda di seluruh darah ku. Seharian dengar lagu hip hop. Which mostly penyanyi nye adalah orang yang berkulit gelap tu.

Memang dari dulu lagi sangat suka dengan lagu lagu hip hop ni. Dan sekarang pulak ade ramai artis berkulit putih ni yang menyanyi lagu yang macam ni kan. Tapi mengaku lah, yg gelap ni lagi ghetto lah dari yg putih ni. Masing masing ada cara tersendiri kan nak buat lagu lagu camni.

Dulu time umur masih muda maybe dalam tingkatan 2 or 3 macam tu suka sangat dengan Eminem ni. Walaupun tak tahu ape benda yg mamat hensem ni cakap sebab dia rap sangat laju sampai tak tahu ape benda yg die cakap kan. Siap beli kaset dia tau yang The Eminem Show macam lagu Superman, Cleanin Out My Closet and lagu pasal anak dia tu Mockingbird kot.



Tapi yg sedih nya sekarang ni lagu Hip Hop sangat lah tak sedap tuk di dengar sebab :
 
1. Banyak sangat ayat mencarut
2. Lirik tak ada kene mengena
3. Lagu pasal sex

Yup, Eminem pun mencarut tapi mencarut dia tak ada lah jadi ayat yang kalau tak cakap ayat mencarut tu ayat tu tak lengkap. Paham tak? Ala, susah lah nak explain. Menyampah sangat. Dah lah Eminem sekarang dah tak nyanyi. Mana nak cari lagi?

Tapi selain dari Eminem Chris Brown pun aku suka. Tapi Chris Brown ni tak bape nak ghetto lah. Aku suka dia sebab die suka menari. Tapi bukan semua lagu Chris aku suka.

Baru baru ni ada aku dengar satu lagu. Thrift Shop, orang putih gak. Rap gak. Lagu tak banyak mencarut, lirik ada mesej (boleh lah) and yg penting sekali cerita pasal dia beli barang kat kedai yg jimat. Cool right?

Check it out guys kat bawah ni