Awkward ~

Assalamualaikum,



Hai kepada semua. Dah puas dah beraya? Hahaha. Lambat sangat nak update blog ni dah lupa diri ni sebab hari raya hari tu. Ala, tak ada kesempatan lah nak bukak laptop ni. Busy sangat dengan kerja (kekonon rasa macam jawatan besar sangat). Disebabkan lama sangat amik cuti raya saya lupa diri sebentar. Tampar diri sendiri dulu bagi sedar *pang pang*. Ok dah!

Kembali ke pangkal jalan, aku nak kongsi satu cerita pasal ke"awkward"an atau dalam bahasa ialah kejanggalan (pegi bukak google) yang berlaku pada aku pagi tadi. 

Ok tadi aku pergi Government Hospital (GH) iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang tolong beratur pagi buta tuk ambik nombor giliran. So dapat lah tempat duduk yang tepi sekali senang keluar masuk. Khayal duk tengok Medik Tv punya rancangan, sekali tengok sekeliling orang tua tua je yang duduk. Yang berdiri pun orang tua tua je. Terdetik lah rasa di hati yang tak patut aku duduk, dah lah orang muda pastu duduk senang lenang pulak kat atas kerusi ni.

So bisikan yang baik pun suruh lah aku bangun and bagi orang tua yang paling dekat duduk iaitu aunty indian kan. Dah bangun, cakap terus dengan dia:

"Aunty duduk lah"

Sekali aunty tu kata sambil tunjuk kan kad dia kat muka aku:

"Tak ape tak ape nombor saya dah dekat"

Sambil buat muka selamba aunty tu pandang depan. Aku dah berdiri ni and ramai orang kat belakang aku tengok aku. Pastu dalam masa 10 saat aku rasa blur and tanya dalam hati:  

"Apa aku patut buat ni?"

Aku rasa ada sikit lah rasa malu yang hadir dalam diri ni. Aku selalu lah jugak bagi seat kat orang (bukan nak berlagak) dalam train dulu. Tapi tak pernah orang tolak. Dalam masa otak aku bergerak lembab nak pikir apa aku patut buat, secara tak sengaja kaki dan badan aku terus menoleh ke belakang berjalan dan berdiri di belakang barisan kerusi kat situ.

Aku nampak orang pandang pandang aku, apa lah diorang duk kata tu kan? Huhu. Mungkin ini dalam hati diorang:

"Bengap budak ni, duduk je lah balik"

"Alahai sian budak ni" atau

"Ala kekonon lah nak buat baik"

TAPI, jangan buruk sangka kemungkinan diorang hanya memandang tak ada kata apa apa. Heee~ 

Yang pasti malu tu ada lah sebab duk berdiri kat situ, baik aku duduk je balik kan? Dah seat tu kosong, mamat sihat walafiat datang duduk situ. Mula lah aku rasa menyesal.

Pengajaran kat sini: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna (check google tuk pastikan betul)

Ok that's all. bye bye :D
 


No comments:

Post a Comment