Awak Marah Ke?




Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsi sikit perangai manusia sekarang yg ramai orang tak berapa nak suka lah. Sebab kalau aku pun aku tak suka.

Perangai suka nak tanya even benda tu dia dah tau. Siapa tak angin kan kalau dah terang lagi bersuluh benda tu lagi nak tanya. Contoh macam orang tu suara dah bergetar, mata dah berair & hidung pun merah lagi mau tanya "awak menangis ke?" Apa korang rasa agak agak?
 
Aku ni suka sangat cari pasal dengan teman tapi mesra aku. Nak dijadikan cerita, baru baru ni ade lah terkasar bahasa kan. Then tiba tiba die senyap je, banyak word yg keluar dari mulut dia pun macam "hmmm", "k" hahaha. Aku yg curiously cat ni tanya lah kat dia "u marah ke?" pastu die jawab dgn nada yg marah "tak ada lah, suka sangat" Perli nampak nya.

Yang pasti lepas kejadian aku rasa amat lah bangang sebab aku tanya soalan bodoh kat dia padahal aku tahu jawapan dia. Bukan nya ape, aku cuma nak memastikan. Main redah je kang, kate kita tak amik berat pulak kan :D

Tapi aku perasan jugak lah, orang Malaysia ni nak mulakan perbualan mesti nak cakap camtu kan? Perasan tak? Hobi baru aku sekarang ni antara duduk rumah, aku suka layan YouTube. Antara youtube star yang aku suka macam Jin Hitz.Fm tu. Dia rajin lah buat vlog kat channel dia. Salah satu video berkenaan dengan benda ni lah. Kelakar sangat bila mak Jin tu pun ada sekali and mak dia kelakar gila.

Try check it out dia punya work of art. Salah satunya kat bawah ni: