Pesanan

Assalamualaikum,



Hah, harap maklum. MacBook tak dapat lagi, so nak update blog pun lambat lah. Hahah.

Ok sekarang ni rasa nak bagi pesanan sikit especially kepada wanita yg di luar sana yg menunggang motorsikal.

Disebabkan saya ni berpengalaman dalam menunggang motorsikal ni nak kongsi lah dekat you guys wanita seluruh dunia betapa bahaya nya menunggang motorsikal walau di mana jua anda berada.

Baru baru ni ada seorang kawan yang telah kehilangan ayah tersayang disebabkan oleh kemalangan jalan raya yg melibatkan motorsikal dan lori. Mula mula dengar berita ni dari kawan melalui facebook, rasa sangat teperanjat even seorang lelaki berusia 50+ tahun yg dipercayai sentiasa memandu perlahan boleh terlibat dalam kemalangan, apatah lagi kita yg memandu di jalan highway bersaing dengan kenderaan besar yg lain. Menunggang motorsikal sangat bahaya. Sy sendiri takut.

Saya nak bagi lah pesanan atau tips lah dekat wanita yg naik motorsikal ke tempat kerja, sekolah, kedai dan mana tujuan anda. Ini tuk tujuan keselamatan kita jugak. Macam ape yg tv selalu cakap. Ingat lah orang tersayang.

Aku sentiasa pergi mana mana menaiki motorsikal. Pergi kerja, kedai, jalan jalan. Selalu keluar masuk highway. And memang tak ramai wanita yg bawak motorsikal, tetapi sejak kebelakangan ni, ramai pulak perempuan yg melintas aku.

Apa yg aku nampak, mereka melulu membawa moto. Bukan aku melarang bawak moto laju. Actually kelajuan sesuatu kenderaan tu amat di perlukan kat tempat tertentu. Tapi membawa secara melulu adalah berbeza sama sekali. Aku nampak mereka tak pandang kiri kanan sebelum memandu laju.

Kelemahan perempuan ni tak kira lah naik kereta ke moto ke, diorang ni jarang sangat nak pandang side mirror tu. Plus tak nak toleh kepala sikit je, tak banyak tuk tengok blind spot side mirror. Aku akan sentiasa check side mirror aku even aku di jalan yg lurus. Ini tuk keselamatan, kita bawak baik mana pun kalau orang lain bawak tak baik pun tak guna. Betul?

Kalau bawak moto kita jangan duduk kat blind spot kereta. Even kita ingat dia akan toleh, tapi kite sentiasa berpikiran negetif. Jangan terlalu dekat dengan kereta. Kalau di kawasan jalan kecil ni memang kenderaan besar dekat je dengan moto. Jauh kan sikit jarak supaya org dlm kereta tu nampak kita.

Kalau kat atas highway pulak, sila lah jangan bawak perlahan. Ok kat sini lah kelajuan sangat penting. Sebab kereta lain bawak laju, kita kena ikut rentak sebab apa apa terjadi kita boleh elak. Then jangan nak bawak motor macam jalan tu kau yg punya. Ketepi sikit, awak tu motor je.

Jangan lupa untuk bagi signal. Ini paling rakyat Malaysia malas sekali. Bagi signal setiap kali nak masuk simpang, nak membelok dan nak berhenti ke tepi. Kenderaan dari belakang korang tak pandai baca fikiran korang. So please lah bagi signal.

Yang paling penting you guys need to jaga kenderaan korang. Jaga kesihatan kenderaan korang dengan tukar minyak hitam, tukar tayar, buat service tiap bulan. Apa apa lah yg buat motor korang elok dan selamat di pandu. OK?

Akhir kata, apa yg terjadi semua kehendak Allah. Kita sebagai manusia kene menerima ketentuanNya. Walau apa yg terjadi Redha dan terima segalanya dengan hati yg tenang. Ajal Maut di tangan Tuhan. Tapi sebagai manusia kita kena belajar dari kesilapan, dan cuba untuk elak dari melakukan kesalahan. Kerana semua punca adalah dari kita sendiri.