Stay Healthy

Assalamualaikum,




Sejak dua menjak ni, banyak kes HAZE iaitu jerebu yg di negara lain dengar cerita ada angka korban di sebabkan sesak nafas. Tapi aku sempat beriadah dengan kawan kawan, sebelum HAZE dan masa HAZE buat aktiviti indoor je.

Sebelum HAZE, bersama dengan kengkawan dari UiTM Puncak Alam iaitu Abdul Hakim Fahmi, Aiza Syazana dan Nurul Farah Dilla pergi main basikal kayuh kayuh sampai penat di Taman Pertanian Shah Alam. Bertukar tukar nama taman ni tau tak. Tak lama lagi diorang kata  nak tukar lagi jadi Taman Botanik ke apa tah.

Seawal 8 pagi dah terpacak kat depan gate, and berlari masuk beratur nak beli tiket akhir sekali bergegas nak sewa basikal. How cute kan tengok semangat membara nak berbasikal. Kemain lagi mula mula, tapi lama lama begitu penat sebab jalan dia naik turun. Akhir sekali dah tak larat nak kayuh naik bukit, kitorang pun sorong je lah basikal tu. Yang paling tak boleh blah, lepas tu pergi Karok. HAHAH.