Kekeliruan Terjadi @.@

Assalamualaikum,

Atas apa yg di gembar gembur kan, niat di hati nak beli sebijik kereta. Satu rumah aku heboh. Baru je start keje dah berlagak kaya aku ni. Aigoo. Hahaha.

Kereta pun bukan calang calang nak pilih ni. Poyo tak saya? Saya tahu. Heee~ Yang berkenan di hati Vios TRD kau. HAHAHAH! Yang pasti first car agak agak lah nak beli yg luar negara kan? 

First time tu memang ada lah rasa nak beli Myvi je. Tapi selera makin hari makin melampau pulak. Haish, apa nak jadi aku ni?? Dari Myvi naik sikit, Saga pulak. Pastu naik lagi ke Preve. Aigooo~

Tapi aku yg nak beli, ada pulak yg menyampuk kan. Aku bukan suka pun kete Saga tu semua, tapi aku pikir masa depan. Aku rasa nak bergantung kat kereta tu je. Dah tak nak beli kereta lain lagi dah. Sebab aku nak beli Superbike pulak. WAHHH! Peduli aku suka motor lagi dari kereta ok. No judging please.

Disebabkan aku kecoh satu dunia ni, Mak aku ni pun nak menyampuk lah bagi cadangan. Tapi aku rasa bukan cadangan kot, lebih kepada menyuruh aku untuk beli kereta yg dia suka. Bila aku sibuk sibuk, mak tetiba cakap camni :- 

" Mak suka kereta Myvi kuning tu cantik"
Errrr, aku pun macam bertanya dalam hati "aku nak beli kete ke mak nak beli kete ni?"

Then dah berdebat debat sebab aku ada cakap nak beli Saga je. Kereta besar yg mampu lah untuk aku kan. Sekali dia marah kata "Jangan beli Proton, Proton tak elok!" Nampak tak tanda seru tu?? Hahah.


Mak judge dengan seorang je yg berpengalaman buruk dengan Saga; which is sepupu aku, dia memang tak nak aku beli Saga. Lagi pun maybe Saga yg sepupu aku beli tu tak ada CFE Engine kot. Memang tak best bawak kete dia. 

Pastu baru baru ni aku punya pikiran bertukar pulak dengan Alza, tapi dulu mak pernah kata "Alza ni besar tapi 1.5 je". Rasa 1.5 tu okay lah, nak kata besar tak ada lah besar sangat pun Alza tu. Aku pun tak pasti dengan mak ni. Pastu bila aku cakap nak Alza, dia kata 

"Mak rasa Exora lagi ok, mak suka design dia"
Eh pulak mak ni? Hahaha. Dah berubah hati pulak. Tapi takkan lah aku first car nak beli Exora. Besar gila. Harga dia pun lebih kurang Preve. Memang tak dapat lah. Heee~

Tunggu and lihat je lah apa yg aku mampu. Berserah ^_^