Salam Ramadhan

Assalamualaikum,


Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Cepatnya bumi ni berpusing. Di kesempatan ini, nak mohon maaf kalau ada terkasar bahasa atau apa apa yg mengguris hati korang. Ampun maaf di pinta. Walaupun belum raya tapi kena mintak maaf harapkan puasa dan segala amalan kita di redhai. 

Okay, semua orang mengharapkan dapat puasa penuh kan? Tetapi perempuan ni mesti sesetengahnya tak dapat puasa penuh. Apatah lagi kalau first day dah tak dapat puasa. Argh, rasa kucewa kan? Herrmm, saya paham perasaan anda semua. Saya juga wanita. Wuwuwuw T_T

Bukan setakat tak dapat puasa. Feel nak pegi 1st terawikh pun terlepas. Sungguh kucewa. Tahun ni saya tak sebaik nasib tahun lepas. Tahun lepas nasib sangat baik sebab just 1 hari je miss puasa itu pun last day of puasa. Hebat tak hebat tak? Hahaha. Ingat senang nak dapat ke? 

Pada kaum adam, sila lah hargai diri sendiri dengan berpuasa penuh. Kaum hawa ni yg berpusu pusu, berlumba lumba nak puasa penuh awak tu yg senang senang boleh puasa penuh tapi tak puasa. (siapa makan tobasco die yg rase pedas kay)

Yang pasti, di bulan Ramadhan ni banyak banyak lah melakukan kebajikan. Mak saya selalu kata kalau nak berkat dan murah rezeki, kongsi kan duit tu dengan orang lain which mean bersedekah lah kamu. Murah rezeki nanti. Ha, lagi satu jangan lupa bayar zakat pada siapa yg dah bekerja tu. Umur macam saya bayar zakat untuk diri sendiri guna duit sendiri adalah yg pertama kali. 

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MELAKUKAN AMALAN SOLEH YANG DIREDHAI ALLAH HENDAKNYA.