Pabila Mereka Menelefon

Assalamualaikum, 

Hari ini dah minggu ke-2 puasa iaitu bersamaan 8 hari kita berpuasa. Wah dah nak dekat habis pun minggu ni. Cepat nya! 

Salah satu sebab kenapa tahun ni aku rasa berlainan sangat dengan tahun tahun sudah kerana, tahun ni aku bangun pergi kerja. Selalu memang tak rasa waktu berjalan. Terlalu fokus dengan kerja sampai tak perasan yang dah setengah hari. Bagus bila bekerja dan rasa ada matlamat setiap kali bangun tidur. Hehehe. 

Diketahui ramai yang saya sangat lah suka dengan gadget, berkenaan dengan komputer, phone dan software yang ada. Tiap kali handphone baru keluar surat kabar ke tv ke mesti nak explore phone tu punya spec lah apa lah. Dah dapat phone, mula lah nak tukar sana tukar sini. Yang aku tak paham dengan diri sendiri, bila phone baru keluar aku mula naik jemu dengan phone yang aku beli. Ini adalah masalah yang sangat besar ok!

Nak dijadikan cerita, aku suka berlawan lawan dengan abang aku. Lagi lagi bab gadget ni. Dulu aku ni walaupun tak ada duit tapi aku punya phone mesti lagi hebat dari abang aku. Hahah. Berusaha nak pakai phone lebih up-to-date dari abang aku. Kelakar kan? Aku rasa abang aku tak ada rasa nak compete. Tapi kadang kadang, ayat dia cakap dengan aku tu membuat kan aku nk berlawan dengan dia tau. Tu yang aku rasa abang aku ni pun nak berlawan dengan aku. Bukan tepuk sebelah tangan tau. Hahah. 

Software yang aku selalu guna untuk edit ringtone

Bila bab ringtone kat phone ni, masing masing tunjuk skill potong lagu pastu buat kan jadi ringtone kat phone. Yang tak boleh blah, bila masing masing lagu semua nak baru je. Kalau abang aku tukar ringtone aku pun rasa nak tukar jugak. Hahaha. Aku ni ada masalah mental ni. Then bila hari raya menjelma sikap masing masing menyerlah. Bila hari biasa tak sangat tau. Maybe sebab lagu raya yg best best terhad so masing masing nak berebut pilih lagu mana yg diorang nak tuk buat ringtone. 

Selalu lagu raya yg dipilih buat ringtone lagu M.Nasir - Satu Hari Di Hari Raya tu. Abang aku mesti akan pilih lagu tu. Hahaha. Tapi aku dah tahu dah, so aku pilih lagu lain macam lagu Siti - Sesuci Lebaran ke. Sharifah Aini punya lagu raya pun sedap jugak. Hehehe.

Tak dapat pape pun dari competition yang aku reka reka sendiri ni. Saje nak berlagak siapa yg lagi up-to-date. Abang aku tu pun satu, suka nak bakar bakar aku dengan barang and benda yang dia buat. Mana tak adiknya ni mengikut. So tahun ni, apa lah agaknya lagu yang abang aku pakai yek? Hehehe :D