Apa perasaan awak bila....

Assalamualaikum,

Sekarang ni tak tahu lah nak kata marah bukan marah, nak kata jeles bukan jeles apatah lagi dengki. Tapi rasa sakit di dada ni kalau tiap kali tengok love bird depan mata. 

Lagi lagi kalau kat twitter, nak bercintan cintun lah kat situ. Tweet macam "Thanks sayang tolong hantar kat sini situ, I love you". Kadang kadang tak ada ape, tetiba tweet pasal "I love u sayang, thanks for everything" KEJADAH?

Finally, aku decide to unfollow that guy yang terlampau sayang, cinta sepenuh hati kat tunang dia tu. Padan muka kau. Hahaha. Daripada aku terus menyumpah setiap kali dia tweet. Kalau nak tweet pun yg best best lah. Kalau nak cerita pasal hidup kau pun, cuba cerita dari mula. Ringkaskan. Ni tetiba dah ending. Satu lagi, kalau nak bercinta pun, tak payah lah nak bagitahu. Kan ke lebih baik bercinta korang dua je tau. Itu lagi manis kan? Ni kalau boleh orang setiap pelusuk negara kau nak bagitahu. Aku nak kau kawin nanti kau heboh lah satu dunia. Aku tak kesah. Tapi ni baru bertunang. Apa nak jadi dengan bebudak sekarang.

Ok kalau nak dibandingkan dengan budak yang baru kapel seminggu, of kos lah dia lagi melampau kan. Tapi ade korang baca blog dia? Mohon baca apa yg perlu dia cakap kan. Dia tak sangka pun, patut nak bagi tengok kat kawan kawan je, tetiba jadi viral pulak. Kesian budak tu tau. Dia baru lagi nak mengenal dunia internet ni. Tak payah lah nak hentam and buat dia jadi bahan ketawa lagi. 

Next is the question: Kalau korang lah kan, sakit hati tak tengok bebudak depan mata bermanja. Padahal baru setahun jagung? And tak lupa jugak pada tunang or kekasih yg terlampau sayang dengan gf/bf dia?