INFO INFLUENZA A ( H1N1 )

H1N1 ( info dari UiTM)
Adalah penyakit system pernafasan akut yang diakibatkan oleh jangkitan virus Influenza A
(H1N1 ). Ianya boleh dijangkiti melalui titisan cecair daripada salur pernafasan pesakit yang
dijangkiti semasa bersin, batuk, atau bercakap pada jarak yang dekat ( kurang 1 meter ) atau
bersentuhan dengan permukaan / objek yang tercemar.

Antara tanda‐tanda penyakit ini adalah
1. Demam panas ( > 38 *C )
2. Sakit tekak
3. Batuk
4. Sakit badan / sakit kepala
5. Sesak nafas
6. Lemah tubuh badan / selera makan berkurangan

Langkah‐langkah kawalan dan perlindungan diri
1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu dan sapu tangan ketika bersin dan batuk
2. Cuci tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau menyentuh permukaan yang
tercemar
3. Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
4. Pakai penutup mulut dan hidung ( mask ) ketika dijangkiti Influenza A ( H1N1 )
5. Elakkan berada di tempat awam jika anda dijangkiti Influenza A ( H1N1 )
6. Elakkan dari melawat/melancong ke negara‐negara yang dilaporkan mempunyai kes‐
kes Influenza A ( H1N1 )
7. Dapatkan rawatan segera di hospital sekiranya mempunyai tanda‐tanda Influenza A
( H1N1 )

INFLUENZA A ( H1N1 ) ……………….ADAKAH ANDA DIJANGKITI ?
Sekiranya ANDA mempunyai tanda‐tanda berikut iaitu
1. Demam panas ( > 38*C ) dan 2. Sakit tekak / Batuk / Sakit badan / Sakit kepala / Lemah badan
DAN
a. Baru kembali dari melawat / melancong ke negara‐negara yang mempunyai
kes Influenza A ( H1N1 )
ATAU
b. Mempunyai hubungan langsung dengan pesakit yang telah disahkan
mengidap Influenza A ( H1N1 )

ANDA dinasihatkan supaya segera mendapatkan pemeriksaan / rawatan di
Pusat Kesihatan UiTM / hospital kerajaan

Rawatan
Rawatan penyakit ini adalah secara simptomatik. Ubat antiviral tertentu boleh membantu jika
diberi pada peringkat awal jangkitan.
Sehingga kini, tiada vaksin yang boleh digunakan untuk mencegah jangkitan Influenza A ( H1N1)

Dari UiTM kampus Samarahan, Sarawak.
Setakat ni, banyak jugak kes kuarantin kat sini. Punca dari Rainforest yg ade banyak mat saleh. Budak-budak yg tak amik kesah dgn kes selsema babi ni dah bawak virus tu masuk UiTM Samarahan. Makin lame, makin banyak yg demam & ade tande-tande dapat virus h1n1 ni. Sampai sekarang, kampus lain dah banyak yg tutup. 1st campus yg tutup (tahniah) Melaka. Sekarang ni, diberitahu yg seluruh UiTM tutup. Jumlah cuti seminggu. Kalau tak tutup, tak tau lah, lagi-lagi 25/Julai/09 ade Jom Heboh pulak.