2 Raya

Salam 1 Malaysia. Today entry about me, me & also me. :D

1. Hari Raya
Pada 4-7-10, aku bersama mak & juga kakak pergi berjalan ke JAKEL Shah Alam yang baru bukak tu. Ini jugak atas cadangan aku sendiri, sebab aku dah boring tahap gaban duk dekat rumah tak ade buat pape.

At first konon nak tengok kain, on that time pulak ade pulak happy hour. Sume kain jadi murah, ape lagi kakak & mak aku. Berpusu-pusu mencari kain untuk hari raya nanti. Aduh, yang x seronok nye, 1 pasang kain yang di cari ambik mase sampai 1 jam. Kaki aku dah hampir cramp disebabkan berdiri terlalu lama. Aku cadang kan, letak lah sofa ke ape ke untuk orang yang tolong teman je ni. Balik aku terus lunyai tau..


pilih jangan tak pilih!

2. Jalan Raya
Entry kali ni, ade 2 cerita. Kisah kedua ni pulak pasal aku ke "sekolah" menaiki kereta. Pada mulanya, aku ni menunggang motorsikal ke "sekolah". Pada satu hari, motor aku mengalami demam panas. Maka, aku pun mengambil keputusan untuk menaiki kereta je. Senang(?)

Masalah pulak bila menaiki kereta ialah, kesesakan lalu lintas. Pergi aku rase, boleh di maafkan sebab most of my class start pukul 10 pagi. Time-time gini, tak ade lah kereta sangat. Tapi yang tak dapat dielak bile waktu orang balik kerja. Sume orang nak sangat sampai rumah cepat sebab takut nasi kat rumah habis, certain people ambik keputusan untuk menyalah guna kan laluan kecemasan.


Aku tengok memang terlalu sakit hati, sampai aku amik gambar kereta yang tidak bertanggungjawab tu. Nak je aku sebar kan no plate kereta tu. Tapi, aku ni terlalu baik untuk berbuat demikian. Korang tengok lah sendiri bukti-bukti ni.

Kereta putih yang bertuah! Tahniah! (ade banyak lagi)