Gadget

Ape ada pada gadget? Kali ni entry ini sangat seronok bagi kaki gadget. Aku lah tu. :)

Aku suke sangat dengat benda benda ni. Kawan aku pun dah label kan aku sebagai minah gadget. Yelah, sume benda aku nak. Korang sedia maklum yang aku nak sangat dengan kamera DSLR. Tapi sayang, rezeki tak menyebelahi aku. So aku kena lah tunggu aku kaya dulu. Ape yang best sangat dengan kamera hebat ni?

Ok, pertama sekali siapa yang suka art confirm akan suka sangat dengan benda ni. Aku ni ade lah darah art sikit kan, so aku sangat minat tangkap gambar & orang tangkap gambar aku yang cantik. EOS 550D sekarang ramai yang tengah menggila. Gambar superb & video HD.


Selain dari tu, orang tengah menggila nak pakai phone canggih. Yang paling canggih of course lah Apple I-Phone 4 kan. Ape yang best sangat? Well, secara keseluruhan nya memang best sebab boleh buat macam-macam dekat I-phone ni. Tapi adalah limited die, skrin yang kecik. Tapi bagi certain people itu dah kira sangat memuaskan.

I-Phone baru warna putih

Apple memang satu jenama yang hebat. Satu lagi benda yang orang gila kan. I-Pad. Really awesome, & I want one please. Tapi harga kat Malaysia :

Without 3G:
• $499: 16GB (RM1714)
• $599: 32GB (RM2057)
• $699: 64GB (RM2400)

With 3G:
• $629: 16GB (RM2160)
• $729: 32GB (RM2500)
• $829: 64GB (RM2848)

LU PIKIR LAH SENDIRI.
Macam ni lah rupe I-Pad
Mainan pulak, yang best korang main kat rumah duduk kat atas sofa sampai berminggu tak nak bangun pun ada. Yang most wanted game in the world is Wii Nintendo. Game ni teratas dari Play Station and XBox. Bagus jugak benda ni, bole bersenam sume lah. Tapi yang tak best nye, tak hirup udara segar lah. Harga nya lagi murah dari korang beli I-Pad sebiji.
So gadget ape yang ade kat rumah aku? Well, most of it adalah
talipon bimbit : Nokia, Sony Ericsson and Blackberry. Ade gak I-Phong dulu, tapi dah jual. Hehe.
Komputer riba: HP and Lenovo. Aku suka lenovo.
Music: mp4, mp3
entertainment: Singer, menawan keluarga bahagia
game: tak ada, dulu ada lah PS1 and PSP. Jual.
yang paling best gadget aku ade, anak buah aku. letih aku main dengan diorang. :)