Rumah Terbakar!



Topik nak suspen je kan. Jangan salah paham ye rakan rakan. Bukan rumah aku yang terbakar. Tetapi jiran terapat aku punye rumah plus kedai yang terbakar tak jauh dari rumah aku.

Memang terkedu aku terima berita. Semalam pukul 1 lebih pagi macam tu, aku dngar kecoh kecoh kat rumah sebelah. Aku ingat kenapa lah, ade orang mencuri ke. Sebab kebelakangan ni memang banyak kes curi, tapi yang pelik nye diorang sume start moto. Maybe kedai yang kene curi. Aku dengar hon motor, aku terus keluar rumah.

Cik Pah bagitahu kedai yang die dekat depan lorong sane terbakar. Aku terdiam kat situ jugak. Aku nak pegi tengok keadaan, tapi tak ade moto. Aku masuk balik kat dalam rumah, mundar mandir tak tentu arah.

Bape minit lepas tu, aku dengar bunyi hon moto jiran Ekin. Aku keluar, adik die Mat Nor rupe nye. Die datang terus kat aku sambil nangis nangis mintak tolong. Sampai sekarang aku still ingat macam mane rupe die. Aku kesian sangat, aku pun follow die pegi tengok. Dari rumah aku ke kedai tu 1 minit je dah sampai. Dari rumah aku, dah nampak warne api kat langit. Aku memang neves gila.

Nasib baik tak ade yang cedera. Aku sampai Cik Pah memang dah menangis teresak esak. Aku menggigil tengok api dah abis bakar semua kedai, termasuk rumah yang di sewa anak Cik Pah kat sebelah tu. Aku yang bukan pemilik kedai tu pun dah tak tentu arah, apatah lagi tuan punye kedai.

Bomba yang datang setengah jam selepas jiran aku telefon sempat padam api. Nasib tak merebak lagi jauh. Masalah air pun jadi sebab. Rumah semua kayu dekat dekat situ then dekat lagi. Aku memang takut sangat time tu, aku rase api macam syaitan.

Anak pertama jiran aku ni yang aku panggil Along, nak kawin hujung tahun ni. Aku fikir kan macam mane diorang nak hadapi semua ni. Aku just nampak mate yang sayu di mate diorang, menahan kesedihan.

Punca kebakaran yang aku dengar dari mulut jiran aku adalah fius dalam kedai tu yang terbakar. Litar pintas lah kira nye. Aku nak sangat tolong padam api semalam, tapi apakan daya api terlalu besar.

Kepada keluarga jiran aku, bersabar lah dengan dugaan tuhan ini.