Crabby Soup

Owh, macam dah blog resipi je kan. HEHE. Aku saje nak share dengan korang, tadi baru je aku masak sup ketam. Nak buat sup ketam senang sangat. Tapi, nak membelah ketam tu yang ade teknik nya. Aku ni baru belajar macam mana nak belah ketam. So korang, belajar lah dari saya. :)

First, kat bawah ketam tu ada lah macam 'poket' , so korang mula dari situ.


2nd, korang kene kopak bahagian atas ketam tu. Kopak macam dasyat je bunyi. Korang jangan buat time ketam tengah hidup pulak. Menyeksa nama nya tu.


Next, korang potong lah kepit ketam & kaki ketam tu. Dalam tu tak ada daging pun. So better buang lah.



Kalau nak buat sup ketam tu, just need bawang besar, bawang putih & halia.


Tumis semua bawang then tambah air, garam & ketam. Masak lah dalam beberapa minit. Siap!
Senang gila.

Tapi sup ketam aku ni memang yang paling senang & rasa biasa je. Korang try lah, aku ni tak makan ketam. Aku tak heran dengan ketam, tapi aku belajar jugak. Dah sedia jadi isteri orang ke ni? heheh.