China to Japan to USA



Sebelum ni perjalanan mencari kimchi, kali ini pulak serata dunia. Macam dah buat jalan jalan cari makan antarabangsa. Hehe.

Aku and kawan kawan sekelas ingat nak pegi makanan jepun kat seksyen 20+ tu. Oshima. Tapi last last takut tak jumpa lah. Sebab masing masing nak balik cepat (tapi balik lambat jugak). Finally pegi je makan kat Plaza Masalam. Kat situ member kate ade makanan steambot. So kitorang pun pegi lah kat Pak Long Nelayan Steamboat and Luk Luk.





Kitorang order 1 set family, tapi tak cukup kot. Nasib harga murah. Then masing masing lapaq lagi, kitorang pun menuju ke stall Japan sebelah je dengan Pak Long Nelayan tu. Mesti orang kate kitorang ni banyak makan. Lagipun, kitorang nak bagi kawan kitorang dua tu cuba makan. First time makan kata nye.

Top: Okonomiyaki. Bottom: Takoyaki

Then final destination is Tutti Frutti. Ape yang di agung kan korang pasal makanan ni pun tak tahu lah. Aku baru first time makan ni. Biasa je. Haha. Tapi sedap lah kitorang pilih mango flavour. Masam but nice. Campur plak dengan buah strawberry kan. Meletopp! :D


Tudung Ekin


Wow, popular ekin tau. Haha. Aku baru je nak cube cube pakai tudung macam ni. Agak agak, sesuai ke dengan aku? Muke aku pakai tudung ni nampak tua ke nampak muda? Hehe.

Mulut Itik

Kegairahan anak anak muda sekarang tangkap gambar dan menggaya kan mulut itik ini sangat berleluasa. :D

Aku pun dah mula terpengaruh dengan gaya mulut itik ni. Aku rasa aku punye muke kurang tembam bila buat mulut itik ni. Tu yang suka sangat nak muncung mulut bila nak tangkap gambar ni. Rasa early teen pulak kalau ashik sangat nak bergaya dengan mulut itik ni. Yelah, selalu nye budak budak sekolah yang bawah 20 lah yang suka buat. Tapi tetiba si dewasa ni baru berjinak jinak nak buat kan. XD

Saje je nak share gambar yang aku tangkap sejak hari raya. Aku baru perasan yang aku ni banyak buat gaya mulut itik tu. Kebaikan die, muke nampak slim sikit lah. Nampak lah cantik, jelita, gojes dalam gambar tu. Heee~


Jangan teperanjat, ade orang kate comel tau. XD


My BFF wedding!

Rase sangat seronok bila one of my best friend kawin. Die adalah Farhana bt Mansor. Sebaya dengan aku iaitu 22 tahun, dan dia diijab kabul dan bersanding pada 10 september 2011.

She is Farhana.

Sekarang mula lah teringat ingat zaman sekolah dulu. Masing masing duk tunding jari yang die kawin dulu. Sekarang terbukti lah yang Farhana jumpa dulu teman sepanjang hayat die :)

We are best friend forever :)

Sepanjang hari sabtu tu, aku and 3 lagi kawan sentiasa berada di sisi si mulut becok ni. Nak tolong menjayakan hari bahagia dia ni. Tema si pengantin berwarna biru, tapi kitorang ada yang pakai kelabu and krim. Tak kesah lah, asal kan bahagia. HEE~

Again, Congrats to my BFF Farhana bt Mansor. Semoga berbahagia ke anak cucu. We All Always be there for You Kay. Remember that ;)

So bile turn saya pulak? :P

Selamat Hari Raya


Rase nye dah lambat nak wish, tapi still dalam bulan Syawal kan. :) Selamat Hari Raya Semua!

Lame tak jenguk dalam Blogger ni. Fuhh, memang dah berabuk lah tempat ni. So now Am back! Nak share sikit cerita ape yang aku buat selama aku tak post ape ape pun kat blog ni.

Well, selama 4 bulan UiTM bagi aku cuti, so aku amik kesempatan nak cari duit. Earn money for living. Yelah, kalau duduk rumah pun tak ade orang nak bagi duit kat aku kan. So kerja lah bagus. Lagi pun aku tak pernah kerja sebelum ni. This is the first time.

Aku just kerja part time dekat The Store Klang as promoter. Memang best lah pengalaman yang aku dapat ni tau. Mula mula ade lah rase macam bosan and everything. Tapi bila dah kerja then hari raya pulak, ramai gila orang sepah kan baju yang aku lipat. Memang menguji kesabaran lah.

So these are my friends kat tempat kerja :D

aan si tomboy

Ekin + Shima

gila tangkap gambar just like me :)

Ipin, so upin mane? XD

Nana yg gojes.

Then sekarang ni pulak dah tibe mase UiTM panggil aku belajar balik di Puncak Alam. Sekarang tengah nak sesuai kan diri kat tempat baru. Tak pernah aku pergi belajar selama 4 tahun ni kat tempat yang setinggi 17 tingkat. Nanti kite cerita lagi lanjut kay.

So, mula masuk belajar. Kepada budak budak U yang dah masuk belajar, selamat belajar :))
Sekian.

Mother's Day

Hari tu hari Ibu, so family aku pun cadang buat makan makan bersama dengan bakal family which bakal ipar. Cewah. Meriah jugak lah sebab kitorang buat kat rumah baru kakak kat Kapar.

Dengan tema BBQ and steamboat kali ni, makan memang kenyang gila sangat sampai tak boleh nak bercakap. Hehe. Makanan yang ada, ayam, sayur, patty, & macam macam lagi.

Sebelum makan dan bergembira. Main dengan anak buah dulu. Ini lah Kak Intan.

ni Sue, awek Bais (abang aku no 2) dengan Irfan bersama si batak yg belakang tu. Haha.

Kat atas sume ni bahan bahan yang nak dimakan. Nampak sedap kan? Nampak je dah sedap, belum makan lagi. Bertambah tambah sedap lah. Ade tomyam sup, ayam yang dah di perap and tauhu telur my fav. :D

Ni pencuci mulut yang sedap jugak. Nampak macam telur, tapi itu adalah buah peach ye. Di buat oleh Kak Intan.

Ni lah mak saya bersama steamboat and grill set. Dah tak sabar nampak nye.

Dah abis makan, abang aku yang no 4 Daud bagi mak aku hadiah. Sweet. :)

This is my story with my family

Picture Perfect

Gambar ni banyak kegunaan nye. Sekali sekala seronok tengok gambar. Bagi aku, bila mood tak menentu, aku suka tengok gambar lama tak pun search kat internet gambar comel binatang binatang. Tenang sikit. Aku discover satu website ni, banyak tunjuk gambar lah. Ade kelakar, ade sedih. Dengan gambar je kite bole rasa perasaan dalam gambar tu. Sebelum ni ade lah cite cite nak amik jurusan photography, tapi tak kesampaian. Hmm.

Banyak gambar kucing je lah, sebab aku memang suke sangat dengan kucing. Sekarang pun tengah musim exam, so gambar yg tenang camni lah aku amat memerlukan nye.

Jom tengok!


Comel kan? Banyak lagi kot, korang tengok lah sendiri kat ifuni.com

What Happen?


Okay today aku memang nak summarize kan je ape yg terjadi selama aku tak update blog aku. Dah lama sangat rasa nye. Bukan ape, tak ade internet je. Kalau dah ade, macam aku kat Sarawak dulu, rajin je aku update kan?? :)

Okay, today nak share gambar and sikit cite. Start!

1. Anak buah lelaki & Anak buah perempuan.

Sekarang ni, cepat je rasa anak anak buah aku besar. Macam baru semalam je aku dukung die baik baik. Sekarang tak payah dah. Yang perempuan nye berlari, melompat. Yang lelaki nye, merangkak, berdiri. Semua tak reti duduk diam. Memang budak budak macam tu ke? Maklum lah, tak pernah ade adik. Dulu mak aku jaga anak orang pun, yg aku ingat tak ade lah lasak macam ni.

Cuti mid sem hari tu, banyak masa aku spent lah dengan si Maira mulut murai.
Si Irfan pun ape kurang nye mulut pun agak murai. HAHA. Tapi die ni, kalau ade mama die manja sangat. Menyampah.

2. The second story, cerita pasal aku pergi dinner ntah pape kat dataran air pancut dekat dengan pintu depan kat seksyen 2 UiTM Shah Alam tu. Kalau korang tengok Papadom, yg time diorang buat dinner buffet diorang tu. Kat situ lah. Kitorang punye dinner ni dah lah kene bayar rm10, lepas tu paksa pulak orang datang. Kalau tak datang masuk court. Memang KP kitorang ni berat sebelah sikit. Disebab kan kitorang ni kaya sangat, kitorang bayar & pergi lah.

Kitorang tangkap gambar sesama sendiri je. Malas nak tangkap gambar budak group satu lagi tu. Huh! Merajuk..

Ok lah, kali ni je cerita nya. Lain kali sambung lagi. Malas nak upload gambar banyak. Hehe.

_THE END_

Penang Trip

Hari tu ade buat trip ke Penang. Memang happening habis lah. Seronok sangat sebab kitorang ni semua gila. Kat dalam bas org. selalu tengok dvd ke tidur ke kan. Tapi kitorang main game cap kelicap. Tau game ape tu? Lu pikir lah sendiri.

Kitorang visit 3 kilang. Penang Port, Jeruk Pak Ali and also Batik Penang. Aku sangat bangga dengan Malaysia bila aku visit sume kilang ni. Sebab ape? Sebab every year sales diorang increase and secara mendadak. Memang terbaik lah. Yg paling aku move sekali bila aku visit kilang Pak Ali Jeruk, and kitorang dapat tahu yg Pak Ali tu buta huruf.

Amazing kan? So proud to be Malaysian people! :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Testing

Hai, lama rasa nye tak update blog ni. :)
This time nak try sesuatu yg baru. Sekarang ni kan zaman makin maju. So aku nak try lah cara terbaru nak post new topic kat blog ni. Thru email. So jadi tak? Senang sikit kan? ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Long Time No See


Terlalu lama aku tak update blog, Terasa sangat lama, macam busy sangat je kan. Tapi kemungkinan besar tak lama lagi ade lah saya uodate balik yek. Stay tuned. :)