I Wish

Sesiapa yang minat sangat dengan FT Island. Ni review music video dia. Omai, comel sangat Lee Hongki kat music video ni.

Lagu I Wish ni lain siket dari lagu biasa FT Island. Kalau nak tahu macam mana lagu diorang. Just watch it on YouTube. Don't forget to like the video.


Too Pathetic

I once cry over a boy after a break up. I was just sitting, listening my friend trying to make a joke, but the laughter came after a burst of tears. Pathetic aite? Shame on me. But that was long time ago, when I'm in high school and he is my first love. Whatever, i turn to hate him.

Give me good reason why i should cry over a boy while they don't give a damn about how precious your tears are. There's so many questions that i want to answer, but none of these i can figure it out. Women love to cry even over small things like her boyfriend didn't wish Happy birthday.

I found this quote, it tells that women is fragile and like a baby they want to be take care. From this quote, guys should learn something. But i sometimes feel that to strengthen the bonding between the love bird we need to have fire and water. I mean the attitude of the love bird.
But why women is so fragile? Because men are so tough so they can protect women from breaking into pieces. Still men didn't know. So the solution is to put the fragile tape on your forehead so everyone will know to handle you with care.


Lama dan Old

Assalamualaikum. Lamanya saya dah tak update Blog ni. Dah berhabuk sikit dashboard ni. Hehe

Aku rasa nak mula balik menulis ni sebab there are so many things happen, walaupun aku just duduk rumah tanam anggur. Sepanjang bulan ramadhan yg lepas, aku tak di benarkan bekerja sebab sebelum ni aku kerja siang malam tak ingat rumah. Kakak aku suruh je aku duduk rumah and masak lauk berbuka, and die terus balik, baca doa and ngap!

Senang kerja dia kalau dah lama bekerja, dah banyak makan garam walaupun kadang kadang amik kesempatan. Macam ahli tidur, sumbang duit tapi orang lain yg tolong buat kerja dia. Tak ape lah, bagus jugak apa yg dia buat sebab dia tau adik dia ni pemalas orangnya.

Menjadi pemalas memang menggemukkan. Tapi aku tak terlampau malas sampai tahap extreme macam sesetengah orang. Aku rasa aku dah cukup rajin, pada masa tertentu. Yalah, orang nak berubah ni kena ada step by step kan? Tapi setiap apa yg aku buat dikritik hebat. Tidak mengapa itu untuk kebaikan saya.

Tapi tolong jawab soalan saya ni. Kenapa perlu sentiasa dikritik dan bukan membimbing? Kritik tak mengubah perlakuan manusia, malah memburukkan keadaan. Simon Cowel selalu diejek kerana kritikannya. Dan jangan samakan nyanyian dan perilaku manusia. Nyanyian adalah kebolehan, perilaku adalah diri orang tu sendiri. Kalau dah dikritik tapi tak sedap juga menyanyi, itu bodoh namanya.

Saya tak tahu lah apa yg saya tulis ini berasas ke tidak. Kadang-kadang orang kata saya salah. Don't judge anything on my writing because this is a creative idea.

Spagetti Carbonara :)


Sebagai seorang wanita kite kene tahu macam mane nak memasak. Senang dapat kat kita gak sebab nanti dah kawin, suami pun lekat je kat rumah. Hehe.

Sekarang ni aku dah start kerja balik lepas syok cuti sebulan. So dah kerja duduk kat rumah kakak kat Kapar. Selalu aku lah yg akan sampai rumah dulu. Nak elak kan dari makan lambat and takut angin masuk perut. Terpaksa lah masak makanan sendiri. Satu sebab tak nak beli makanan kat luar ialah tak ade duit and satu lagi sebab, kakak aku dah beli macam-macam kat rumah tu. Tinggal masak je.

So yg ade kat rumah hari tu, spageti and prego carbonara. Tapi masalah nye aku tak pandai nak masak pn. Tak pernah masak langsung carbonara tu. Kakak aku plak kate carbonara tu tak sedap pun.

Aku pun cari lah resepi kat internet, thanks to sape yg share resepi kat myresepi.com. Aku amik and masak kat rumah jadi siot. Kakak aku pun kate sedap. Seronok pula bile di puji macam tu, dah lah kite tak pernah masak carbonara sebelum ni.

Moral of the story, kalau kita dah terdesak kita tak tahu pun boleh jadi tahu. Betul tak?


tadaaaaaa~ :D

Bittersweet


on 25th of February 2012 aku dengan kawan sekelas aku dulu niat nak pergi berjogging kat Taman Botani, Putrajaya. Yup, niat dah baik nak berbasikal sambil menikmati alam sekitar. hehe. But malangnya, on that day basikal tak boleh nak rent sebab ade Malaysia Book Record konvoi basikal 3 ribu orang. Diorang lalu kat situ. So tak leh nak buat ape, kitorang just jalan kaki je. Its okay. Seronok lah dapat bergambar dengan Fa, Farah, and Yaya.





So balik pulak pergi karok dengan Farid. Baru perasan, sume name F. Hehe. Sebab kecewa tak dapat naik basikal (dan dan) Hehe. So dah puas karok, perut plak lapar. So cari makan, malas nak pikir tempat jauh so kitorang makan kat ole ole je. Balik dah hujan, so lepak lah kat kedai makan tu lame sket. Dok borak pasal jatuh, sakit, masuk hospital.

Dah sampai rumah Fa tempat aku letak moto aku, Fa parking kereta cun gila tepi longkang. Terbaik lah, dah tak ade space between longkang and kereta. So aku pun pg lah bukak pintu belakang kereta nak amik barang. Dengan hujan and gelap waktu malam aku pun konfiden berdiri lepas membongkok. Dusssssshh, terus jatuh terduduk dalam longkang tu. Pergh, rupe nye kaki sebelah kanan tak berpijak kat bumi yg nyata. Haha.

Mule mule yang paling sakit kat belakang aku je. Then aku cek kaki ade terseliuh ke ape ke, tak sakit plak. Aku pun malas nak tunggu lame lame kat shah alam kang mengamuk plak mak aku. So aku tolak lah pelawaan Fa tuk lepak jap kat umah die. Terus start moto and balik, tapi aku rase pelik sebab kaki aku makin sakit.

Dah sampai rumah aku merangkak masuk dalam rumah duk panggil mak aku. Mak aku dah panik. Kaki aku sakit gila sampai tak boleh pijak dah, tapi sebelum ni aku rilex je start moto. Pelik. Malam tu memang derita sket lah kaki aku sakit sampai aku menangis. Esok pg jumpa doktor & xray die kate kaki aku retak tulang die. Sikit je, kat x ray tu pun tak bape nampak. Tapi retak pun sikit, pedih siot. Bayang lah sape yang patah tulang, pergh ngilu siot. Then now, aku tengah bercuti 4 minggu. Haiiiiiii..


Come Visit~


Okay, you all know yang sekarang ni saya tengah praktikal kat satu company ni. Meh saya promote company saya ni.

To all moms yang membace jom melawat ke Sarakids kat TTDI Jaya, U2 Shah Alam. Kat sini ada macam macam barang baby yang di perlukan, Tujuan utama company ni di tubuh kan adalah untuk menggalakkan moms kat Malaysia ni breastfeed baby diorang. So company ni nye main product is breastpump and die nye sume accessories untuk simpan susu tu and macam macam lagi.

Meh visit HQ Sarakids where I work there for praktikal sekarang ni kat Shah Alam.

Setiap sabtu kat sini ada program lah, macam class for breastfeeding and hari tu ade class for toddler. Best tengok budak budak terkinja kinja. Tugas aku on that day, actually aku ni jadi bidan terjun. Jadi photographer tangkap gambar budak budak ni tengah buat activity. Heee~

lil crafter workshop :D

A lot of thing yang aku baru belajar. Dulu ade kerja lah, tapi just layan customer je, tak pernah lak buat invoice sume kan. Bab photography diorang bagi aku kan. Hehe. Update barang baru kat website. Aku tolong tangkap gambar je. Hehe.

tommee tippee products

Kitorang ni more like jadi sales girl tau, tapi di samping itu (haha) aku kene buat gak kerja kerja ofis. Best sebab, masuk kerja kul 1030, rehat suka hati, cuti pun suka hati, pakai baju suka hati gak. Boss baik kate kan. Hehe. Tapi tak ade lah sampai aku nak amik kesempatan kan :)

Gue nye table, tapi berubah ubah. Dah macam nomad je. Haha.

Kalau nak tau lebih lanjut, visit website die ni : Sarakids

Jangan lupa tengok seklai blog die :)


Life At Work

Sekarang ni ramai suke buat gambar then cakap what people think i do and macam macam lah. Aku pun nak try gak. Tempat praktikal aku kat Sarakids. What others think i do and what i really do :) Conclusion die kat bawah ni..


Keh keh keh keh :D


SpongeBob SquarePants

Aku suka sangat dengan kartun ni. Lawak die memang bodoh lah! Hehe. Suka sangat dengan ketawa die. Bape ribu kali tengok pun still nak gelak jugak. Kartun ni bukan tuk budak budak je, tapi aku rase kartun spongebob ni memang tuk orang dewasa lah, sebab ayat yang diorang guna pun bukan budak budak boleh paham. Kan?

Saje je nak bagitahu kat korang, aku ade letak jam spongebob kat dalam blog aku ni. Comel tak? Die pegang jam tuk blog aku ni. Alalala, comel nye :P


Really Good Songs

Really good song for me lah. Saya memang suka sangat dengan Too Phat and geng geng die. Hip hop is my teen music, till now pun dengar dan minat dengan hip hop music sampai terbawak bawak ke style saya.

So Malaysian hip hop artists such as Too Phat, Teh Tarik Crew, Ruffedge, Phlowtron, MOB, Altimet & more. Tak ade lah kate gile sangat macam certain fan kan. Aku biasa biasa je. Tapi the most yang aku suka of course Too Phat. But now masing masing single je kan. Aku suka dengan Joe, sebab die rap abis style. Aku suka jugak dengan Malique sebab setiap ape yang die sebut tu ada makna.

Both of their new songs really makes me miss their old days being together as a team. Hm, really hope lah diorang bersama balik. Me fan of Too Phat really like Joe's & Malique new songs Untukmu & Maafkan Kamu

Enjoy~




Tiger! Aummmmmm!

meow meow saya name Tiger :) Saya ade satu je pet. Kisah kucing ni tak ade lah menarik sangat. Tapi die ni dulu gemuk n comel. Sekarang dah tafff, tak ade lemak pun kat badan.

Die ni Jantan, aku first tak tahu nak letak name ape kat die. Aku jumpe die ni kat kedai makcik jual nasi kerabu. Die duk ngendeng kat makcik tu nak makanan sebab makcik ni suke bagi die makanan. Kedai makcik ni tepi jalan je. Makcik tu kate tak ade sape punye kucing. Aku pun risau kalau die duk lintas jalan ikut suke hati die, kene langgar pulak. Aku pun bawak lah balik rumah. On December 22, 2010 aku pun amik bawak balik and kurung die kejap sebab takut die lari. 2 ke 3 hari je aku kurung kat sangkar, lepas tu aku lepas kan dah.

ni time first jumpa die :)

Aku post kat facebook mintak pendapat diorang pasal nak letak nama. Amboi kemain hit lagi. Hehe. Ramai jugak kawan aku ni suke kucing kan. Last last kawan aku yang sorang ni pun cakap dulu kucing die warne camni gak, die letak nama Tiger. So lekat lah nama Tiger tuk meow meow saya yang sekor ni :)

Dalam rumah tu, tak ramai yang suke sangat kucing. Aku n abang aku 2 orang tu je yang berminat. So lepas aku dah dapat kucing tu, aku ade tanggungjawab iaitu bela die. Bagi die makan and macam macam lah. Time aku part time kerja tu ade lah aku spent tuk beli makanan die sume. Tapi dah tak ade duit, abang aku yang beli kan makan die.

Dah kene pindah ke Kapar ni lagi aku tak jaga die. Kesian die. Jahat lak rasa nye :(
Tapi nasib baik abang saya jaga. Sekarang ni die serius je muke. Tapi muke die memang serius je. Hehe. Main dah tak ade sekarang, sebab die dah tua. Time aku amik umor die bape bulan lah. Sekarang ni kerja utama die gaduh, makan and mostly tido. Sedih, sebab mesti die lari sebab nak cari bini. Selalu kucing jantan aku macam tu lah.

my tiger :D

Ape ape pun Tiger, I love U! Heeee~

Handsome tak?

Ashik cite pasal boypren je ni. Haha. Kali ni tak ade kene mengena dengan jantan kay. Tapi kenape title macam tu?

Sebenarnye, aku nak korang tengok gambar bawah ni. Handsome tak? :D



Orang atas ni aku tau, korang jangan jatuh cinta plak. Muke aku memang macam jantan, badan pun lebih kurang je. Hahahaha! Yang pasti ni adelah sejarah aku and aku tak kan patah balik. Tapi style aku memang camni sampai bile bile. Aku suke pakai topi, tshirt, jeans and sneakers. Jangan risau, saya dah jewlitewww sekarang. HAHA! Saya suka jadi perempuan! :D

Boyfriendssssss..

Wah banyak nye S gitu. Haha. Saya ni nak kate ade bf, memang ada. Tapi saya in open relationship, maksud nye saya boleh lagi kuar dengan kawan lelaki lain. Bf saya sangat sporting, terima kasih sayang. Cewah.

Tapi saya tahu batas saya, tak ade lah sampai nak curang kan. Saya ni suka lepak dengan lelaki sebab diorang ni bukan macam perempuan, setiap ape yang kite kata mesti diorang nak take note. Kalau lelaki ni best sebab kalau aku cite keburukan aku pun, esok lusa dah lupa dah. Hehe.

Bukan nye saya tak ada kawan perempuan okay, entry sebelum ni dah cite kan girlfriends saya? Ha, recall balik. Okay, antara kawan lelaki saya yang saya sayang sangat dari Sarawak dulu Augustine Iman Bandang. Die ni aku suka sangat menyakat, sebab die ni pendek. HAHA. Die sangat rajin sampai die jadi mahir. Sangat suka dengan semangat die.

Gambar ni memang tak boleh blah!

Saya ada juga selain die ni, sama umur tapi panggil abang. Sume orang duk panggil die abang aku. Sebab die suka sangat ikut kan ape yang aku nak. Kalau die makan dengan aku, tak pernah aku yang kuar kan duit. Segan jugak kadang kadang tu. Tapi, die tak suka aku yang bayar. Hmm. Nak buat macam mane. Die banyak tolong aku kat Sarawak dulu. Name die Mohd Fahmi Hassan.

yang tak seronok die ni, gambar tak pernah nye nak senyum. HUH!

Sejak saya masuk degree, saya susah nak rapat dengan lelaki. Maybe sebab lelaki nye pun hmmm. HAHA. Tak ade lah, sebenarnye, saya tengah cuba untuk setia :P

Ada lah rapat dengan budak class, macam Acap, Akim, Fikri and Bob. Yang lain tu biase biasa je :) Tapi aku rasa yang aku ni semua pun masuk, campak je mana mana sekejap je dah masuk.

Saya suka berkawan, itu adalah kebenaran :D

Demam jangan buat main!

Alololo, comel kan tikus ni? haha. Tak yah nak comel sangat lah. Tikus ni bahaya tau tak. Tapi tak boleh jugak nak salah kan tikus ni. Kesian die. Ni ape yang aku cube nak sampai kan ni?

Haha. Sebenarnye nak share dengan korang yang tikus ni salah satu sebab baru baru ni penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia. Ni ape yang aku baca kat surat kabar yang die dijangkiti virus kencing tikus yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah.

Tau tak die masuk hospital sebab die kene demam kuning, iaitu tanda tanda kene virus kencing tikus ni tau. Selain dari tikus, binatang lain pun boleh sebar virus ni, jangan salah kan tikus je okay. Haiwan lain macam anjing, ba alif ba ya pun, lembu jugak okay. Sume bile binatang ni dah kene virus tu, pastu die kencing then air kencing tu kene kat kite terus leh jangkit lalu rongga rongga terbuka kat badan.

Pastu kalau banjir tu kemungkinan org boleh kena sebab virus tu dah mengalir kat air. Kalau ade kulit luka ke, melecet ke virus tu rilex je masuk dalam badan. Kadang kadang tu bukan setakat demam je, kalau dah kronik tu jadi lah radang paru paru, kegagalan ginjal and pendarahan kat kulit gak.

Dasyat penangan virus kencing binatang ni. So, kalau sakit sakit badan, otot, muntah, cirit birit and paling penting demam berpanjangan tu baik pg hospital terus. Paling penting, bagitahu doktor ape yang korang rasa. Kalau sakit hidung, bagithau doktor korang sakit hidung. Kalau doktor tak tahu simptom, susah diorang nak tahu penyakit sebenar tau.

Yang paling mengejutkan, aku ada baca artikel ni, die kata LELAKI paling senang dijangkiti berbanding WANITA. Pergh, kesian korang kaum adam. Tak tahu pulak ape sebabnya.

Untuk elak, get rid ye, bukan bunuh. Elak binatang ni datang tempat korang iaitu, jaga kebersihan tempat tinggal. Kalau ada dah, kena lah guna kekerasan iaitu bunuh. Make sure bunuh terus, jangan nak seksa seksa pulak. Kalau ada binatang peliharaan kat rumah tu, rajin rajin lah buat check up.

Akhir sekali, basuh tangan sebelum makan :)

Dulu & Sekarang

Saje je nak tunjuk kat korang rupa saya masa kecik kecik dulu. Hehe. Cube bandingkan, beza banyak ke sikit ke?

ni tak tahu lah bile haha.

ni baru je aritu, bulan 12.




TAMAT

Akhirnya, sudah sampai ke penghujung pelajaran. Hari ni saya tak perlu susah hati pasal presentation, exam, test and macam macam lagi. Last paper hari ini pun sangat menyenangkan hati. Alhamdulillah, saya dapat buat dengan bagus.


ok sekarang boleh simpan dah buku buku ni :)

Yang menjadi persoalannya sekarang, ada hati lagi ke saya nak sambung master pulak? :D

Tunggu lah rezeki saya macam mane nanti.

3 se Kawan


Selama saya berada di Puncak Alam, saya dapat rasa kan saya akan sendirian. Yelah, saya ni tak suke serumah dengan classmate, sebab saya takut bosan. Hehe. Jahat kan? So saya tinggal di Kapar and ulang alik ke UiTM Puncak Alam naik moto. Tak jauh pun, dah lama lama, jadi biasa.

So, selama saya rasa sunyi duduk kat rumah ni, saya selalu lah lepak lama lama kat Puncak. Selalu sangat lepak kat rumah Nurhamizah Zainudin. Saya sangat terhutang budi dengan dia serta Syaziera Shuhairi kerana sanggup menerima saya dalam rumah tu and buat rumah tu macam rumah sendiri. Tak tahu malu. Haha.

ni lah cik Mizah

ni pula cik Zira

Di kesempatan itu, untuk membalas budi dan jasa baik mereka, saya pun ajak pg makan pizza hut kat setia alam. Diorang takkan tolak nye lah kan? Hehe. Saya pun teringin nak makan seven layers cheese pizza tu, perghh, mengguirkan.



Kitorang bertiga gamble naik moto rempit ke Giant Setia Alam dulu, sebab si Mizah nak karok katenye. Hm, ikut kan je lah. So dah penat karok, baru lah kelaparan dan melahap pizza hingga tak ade yang tertinggal pun. Hehe. Sedap lah pizza tu, tapi muak sangat. Lepas makan rasa nak muntah pun ada.

Yang pasti, on that day saya sangat serunuk bersama dengan korang. Tak sangka, ada jugak yang menghargai saya. Terima Kasih sebab berkawan dengan saya FRIENDS <3

Sekian Lama

It's been ages tak visit blog ni n taip ape yang terbuku di hati. HEHE. Been busy for months, sibuk nak buat assignment even tak banyak, sibuk pasal personal life and much more lah.

Okay, since dah jenguk tempat ni. Just nak bagitahu korang semua saya dah nak abis degree! Hoorrayyy! Hope sangat yang saya dapat berjaya dalam exam kali ini. Dapat teruskan kerjaya saya, Cewaaahhh.

On this coming Friday is my last paper. Wish me good luck friends :)