Lama dan Old

Assalamualaikum. Lamanya saya dah tak update Blog ni. Dah berhabuk sikit dashboard ni. Hehe

Aku rasa nak mula balik menulis ni sebab there are so many things happen, walaupun aku just duduk rumah tanam anggur. Sepanjang bulan ramadhan yg lepas, aku tak di benarkan bekerja sebab sebelum ni aku kerja siang malam tak ingat rumah. Kakak aku suruh je aku duduk rumah and masak lauk berbuka, and die terus balik, baca doa and ngap!

Senang kerja dia kalau dah lama bekerja, dah banyak makan garam walaupun kadang kadang amik kesempatan. Macam ahli tidur, sumbang duit tapi orang lain yg tolong buat kerja dia. Tak ape lah, bagus jugak apa yg dia buat sebab dia tau adik dia ni pemalas orangnya.

Menjadi pemalas memang menggemukkan. Tapi aku tak terlampau malas sampai tahap extreme macam sesetengah orang. Aku rasa aku dah cukup rajin, pada masa tertentu. Yalah, orang nak berubah ni kena ada step by step kan? Tapi setiap apa yg aku buat dikritik hebat. Tidak mengapa itu untuk kebaikan saya.

Tapi tolong jawab soalan saya ni. Kenapa perlu sentiasa dikritik dan bukan membimbing? Kritik tak mengubah perlakuan manusia, malah memburukkan keadaan. Simon Cowel selalu diejek kerana kritikannya. Dan jangan samakan nyanyian dan perilaku manusia. Nyanyian adalah kebolehan, perilaku adalah diri orang tu sendiri. Kalau dah dikritik tapi tak sedap juga menyanyi, itu bodoh namanya.

Saya tak tahu lah apa yg saya tulis ini berasas ke tidak. Kadang-kadang orang kata saya salah. Don't judge anything on my writing because this is a creative idea.