A Celebration that we do everyday !

Assalamualaikum,


PUAN AINON

Semalam 12th May 2013 adalah Hari Ibu bagi negara negara tertentu. Malaysia sangat menghargai mak masing masing. Sekarang dengan adanya Instagram, kalau ada event or tarikh tarikh hebat macam ni mesti ramai yg akan post gambar yg berkaitan. Semalam ramai lah post gambar mak masing masing, termasuk aku sekali lah kan. Sangat suka, I like every picture yg ada post gambar dengan mak or gambar mak dia je. Hehehe. 

Ok macam kitorang kalau ada event macam ni suka lah ajak mak pergi makan. Tapi kitorang ni selalu je pergi makan sama sama. Suka nak explore tempat tempat baru. Semalam kitorang pegi tempat biasa orang pergi lah, tapi kitorang jarang pergi. So tak ada plan beforehand, so tibai je lah mana yg ada.


MOM.SISTER.ME

Kitorang pilih tuk makan Manhattan Fish Market (MFM) kat Setia City Mall kat Setia Alam sana. Kitorang pergi nak cepat sebab tak nak balik lambat plus boleh jalan jalan jap kan. Nasib kitorang datang cepat sebab after 7 ramai Chinese baru nak keluar makan. Beratur kau! Mahal camne pun sanggup ni. Maybe bcoz that special day kot. 



PLATTER MFM

Disebabkan tengahari tak makan. Hambik, makanan sampai je terus sambar. Tak ingat dah dunia luar. Haha. Rasa tak cukup pun ade. Platter tak cukup?? Hahaha. Gila ni. Yang pasti, tujuan kitorang nak treat mak makan sedap sedap. Nampak semalam mak enjoy je makan kat situ.

Tak ape bagi kitorang, hari hari pun Mothers day. Cewahh.

Yang pasti mak paling susah jaga aku sebab aku lah paling nakal sekali. Tak nak dengar cakap mak, tak nak buat bila mak suruh. Sangat sangat stress mak jaga aku. Mak je sorang yg boleh tahan dengan perangai aku. So harap dapat lah jumpa bakal suami yg boleh tahan dengan perangai aku ni ha. Ehh tetiba :P

Finally, Thanks for Everything PUAN AINON BT YOSSOF. Harap Eaa dapat jadi anak baik. Mak doakan lah yg baik baik tuk Eaa ye mak. Jangan lah pikir yg bukan bukan je. Mak percaya lah kat Eaa. Harap Eaa dapat bagi mak kebahagiaan macam mak bagi kat Eaa dulu time Eaa kecik. (menitis air mata)

LOVE YOU! <3 font="" nbsp="">





JUMAAT is FRIDAY

Assalamualaikum,

Hari Jumaat, semua orang sukakannya. Sebab diorang semua cuti. Tapi aku sabtu still bekerja setengah hari. Walau bagaimanapun, aku tetap seronok, kerana aku menantikan sesuatu, sesuatu yg buat aku gembira. 


RUNNING MAN
Lee Kwangsoo, Kim Jong Kook, Lee Jeasuk, Song Ji Hyo, Ji Sok Jin, Haha & Gary

Hah, aku sangat sukakan rancangan tu. Kelakar, stupid, and overall sangat menghiburkan dengan jalan cerita dan game game yg tak masuk akal. Hehe.

Aku suka sangat dengan Monday's Couple (Ji Hyo + Gary). How romantic in every words that Gary says and how cute Ji Hyo senyum dan ketawa melihat keletah Gary. Walaupun Gary tak hensem tapi perangai dia buat orang suka dengan dia. SWEET for short. 




Tiap hari Jumaat adalah hari aku tengok cerita running man. Even dekat internet ada setiap episode, tapi aku tak hirau, aku nak jugak tengok tiap minggu. Tetap nak tunggu! Sebab rasa seronok macam ni dari tengok dengan cepat.

Yeay, tak sabar sangat nak tengok. Siapa yg ada Astro kat rumah, sila lah bukak channel One Tv Asia pukul 1145PM okay :)

Okay Bye nak balik rumah, kerja dah abis! :P

PRU 13

Assaamualaikum,


Pada 5/5/2013 bersamaan hari Ahad yg lepas, berlansung nye Pilihanraya yg ke 13. Dengan rasa excited nye aku mengundi kali pertama yaww. Hahah. Batak kan?

Yelah, rasa best lah kan, lagi lagi tahun ni kene calit calit jari pulak sebab nak elak double vote. Abang akak aku yg aku tak pernah amik kesah (yg aku nampak lah tahun sebelum ni), tetiba semangat nak pergi mengundi uolls. 

Tahun ni satu rumah pergi mengundi. Tu yg 80% orang keluar mengundi tu. Maybe ade calit calit dakwat tu kot yg orang excited sangat keluar pergi mengundi. Or bebudak sekarang ni memang cepat dewasa, bersemangat waja, ade jiwa patriotik yg kuat. Or saje nak pergi sebab ikut trend, nanti boleh upload gambar jari kat instagram.

Pasal upload gambar ni pulak satu hal. Disebabkan kawan aku kat instagram, facebook ni semua baya aku and first time mengundi. Bukak app Instagram je penuh gambar jari calit dakwat biru. Sampai rasa nak baling telefon ke dinding. Kesian telefon tak bersalah pun. Wuwuwuw.

Tapi ape ape pun rasa bangga lah jugak sebab ikut statistik pengundi meningkat sampai berita kata tahun ni pecah rekod lah pengundi paling ramai.

Informasi berguna sikit:-

Bawah ni jumlah pengundi mengikut tahun PRU iaitu 2004, 2008 dan terkini 2013. Perbezaan dari 2013 and 2008 sebanyak 470,526 pengundi. Wow! Ini berdasarkan jumlah pengundi yg berdaftar.

 Selangor
 1,422,274 1,549,970 2,020,496


Pengundi yg baru berdaftar seramai 2.3 juta orang tau. Tapi bahaya jugak belia ni. Ikut emosi sangat. Aku tau lah sebab aku pun muda jugak. 

Tapi ape yg aku nampak "Telan mati mak, Luah mati bapak", pilih mana mana pun sama je. Ni dari pandangan aku lah. Kalau aku pun jadi Perdana Menteri, aku tak akan buat benda yg merugikan negara. Untuk dapat nama, kita buat pekara yg dilarang. Bukan senang nak jadi pemimpin negara kalau ilmu dan iman di dada tak kuat.

Pesanan

Assalamualaikum,



Hah, harap maklum. MacBook tak dapat lagi, so nak update blog pun lambat lah. Hahah.

Ok sekarang ni rasa nak bagi pesanan sikit especially kepada wanita yg di luar sana yg menunggang motorsikal.

Disebabkan saya ni berpengalaman dalam menunggang motorsikal ni nak kongsi lah dekat you guys wanita seluruh dunia betapa bahaya nya menunggang motorsikal walau di mana jua anda berada.

Baru baru ni ada seorang kawan yang telah kehilangan ayah tersayang disebabkan oleh kemalangan jalan raya yg melibatkan motorsikal dan lori. Mula mula dengar berita ni dari kawan melalui facebook, rasa sangat teperanjat even seorang lelaki berusia 50+ tahun yg dipercayai sentiasa memandu perlahan boleh terlibat dalam kemalangan, apatah lagi kita yg memandu di jalan highway bersaing dengan kenderaan besar yg lain. Menunggang motorsikal sangat bahaya. Sy sendiri takut.

Saya nak bagi lah pesanan atau tips lah dekat wanita yg naik motorsikal ke tempat kerja, sekolah, kedai dan mana tujuan anda. Ini tuk tujuan keselamatan kita jugak. Macam ape yg tv selalu cakap. Ingat lah orang tersayang.

Aku sentiasa pergi mana mana menaiki motorsikal. Pergi kerja, kedai, jalan jalan. Selalu keluar masuk highway. And memang tak ramai wanita yg bawak motorsikal, tetapi sejak kebelakangan ni, ramai pulak perempuan yg melintas aku.

Apa yg aku nampak, mereka melulu membawa moto. Bukan aku melarang bawak moto laju. Actually kelajuan sesuatu kenderaan tu amat di perlukan kat tempat tertentu. Tapi membawa secara melulu adalah berbeza sama sekali. Aku nampak mereka tak pandang kiri kanan sebelum memandu laju.

Kelemahan perempuan ni tak kira lah naik kereta ke moto ke, diorang ni jarang sangat nak pandang side mirror tu. Plus tak nak toleh kepala sikit je, tak banyak tuk tengok blind spot side mirror. Aku akan sentiasa check side mirror aku even aku di jalan yg lurus. Ini tuk keselamatan, kita bawak baik mana pun kalau orang lain bawak tak baik pun tak guna. Betul?

Kalau bawak moto kita jangan duduk kat blind spot kereta. Even kita ingat dia akan toleh, tapi kite sentiasa berpikiran negetif. Jangan terlalu dekat dengan kereta. Kalau di kawasan jalan kecil ni memang kenderaan besar dekat je dengan moto. Jauh kan sikit jarak supaya org dlm kereta tu nampak kita.

Kalau kat atas highway pulak, sila lah jangan bawak perlahan. Ok kat sini lah kelajuan sangat penting. Sebab kereta lain bawak laju, kita kena ikut rentak sebab apa apa terjadi kita boleh elak. Then jangan nak bawak motor macam jalan tu kau yg punya. Ketepi sikit, awak tu motor je.

Jangan lupa untuk bagi signal. Ini paling rakyat Malaysia malas sekali. Bagi signal setiap kali nak masuk simpang, nak membelok dan nak berhenti ke tepi. Kenderaan dari belakang korang tak pandai baca fikiran korang. So please lah bagi signal.

Yang paling penting you guys need to jaga kenderaan korang. Jaga kesihatan kenderaan korang dengan tukar minyak hitam, tukar tayar, buat service tiap bulan. Apa apa lah yg buat motor korang elok dan selamat di pandu. OK?

Akhir kata, apa yg terjadi semua kehendak Allah. Kita sebagai manusia kene menerima ketentuanNya. Walau apa yg terjadi Redha dan terima segalanya dengan hati yg tenang. Ajal Maut di tangan Tuhan. Tapi sebagai manusia kita kena belajar dari kesilapan, dan cuba untuk elak dari melakukan kesalahan. Kerana semua punca adalah dari kita sendiri.