Yawww !

Assalamualaikum,

Hari ini mood HipHop melanda di seluruh darah ku. Seharian dengar lagu hip hop. Which mostly penyanyi nye adalah orang yang berkulit gelap tu.

Memang dari dulu lagi sangat suka dengan lagu lagu hip hop ni. Dan sekarang pulak ade ramai artis berkulit putih ni yang menyanyi lagu yang macam ni kan. Tapi mengaku lah, yg gelap ni lagi ghetto lah dari yg putih ni. Masing masing ada cara tersendiri kan nak buat lagu lagu camni.

Dulu time umur masih muda maybe dalam tingkatan 2 or 3 macam tu suka sangat dengan Eminem ni. Walaupun tak tahu ape benda yg mamat hensem ni cakap sebab dia rap sangat laju sampai tak tahu ape benda yg die cakap kan. Siap beli kaset dia tau yang The Eminem Show macam lagu Superman, Cleanin Out My Closet and lagu pasal anak dia tu Mockingbird kot.



Tapi yg sedih nya sekarang ni lagu Hip Hop sangat lah tak sedap tuk di dengar sebab :
 
1. Banyak sangat ayat mencarut
2. Lirik tak ada kene mengena
3. Lagu pasal sex

Yup, Eminem pun mencarut tapi mencarut dia tak ada lah jadi ayat yang kalau tak cakap ayat mencarut tu ayat tu tak lengkap. Paham tak? Ala, susah lah nak explain. Menyampah sangat. Dah lah Eminem sekarang dah tak nyanyi. Mana nak cari lagi?

Tapi selain dari Eminem Chris Brown pun aku suka. Tapi Chris Brown ni tak bape nak ghetto lah. Aku suka dia sebab die suka menari. Tapi bukan semua lagu Chris aku suka.

Baru baru ni ada aku dengar satu lagu. Thrift Shop, orang putih gak. Rap gak. Lagu tak banyak mencarut, lirik ada mesej (boleh lah) and yg penting sekali cerita pasal dia beli barang kat kedai yg jimat. Cool right?

Check it out guys kat bawah ni