PRU 13

Assaamualaikum,


Pada 5/5/2013 bersamaan hari Ahad yg lepas, berlansung nye Pilihanraya yg ke 13. Dengan rasa excited nye aku mengundi kali pertama yaww. Hahah. Batak kan?

Yelah, rasa best lah kan, lagi lagi tahun ni kene calit calit jari pulak sebab nak elak double vote. Abang akak aku yg aku tak pernah amik kesah (yg aku nampak lah tahun sebelum ni), tetiba semangat nak pergi mengundi uolls. 

Tahun ni satu rumah pergi mengundi. Tu yg 80% orang keluar mengundi tu. Maybe ade calit calit dakwat tu kot yg orang excited sangat keluar pergi mengundi. Or bebudak sekarang ni memang cepat dewasa, bersemangat waja, ade jiwa patriotik yg kuat. Or saje nak pergi sebab ikut trend, nanti boleh upload gambar jari kat instagram.

Pasal upload gambar ni pulak satu hal. Disebabkan kawan aku kat instagram, facebook ni semua baya aku and first time mengundi. Bukak app Instagram je penuh gambar jari calit dakwat biru. Sampai rasa nak baling telefon ke dinding. Kesian telefon tak bersalah pun. Wuwuwuw.

Tapi ape ape pun rasa bangga lah jugak sebab ikut statistik pengundi meningkat sampai berita kata tahun ni pecah rekod lah pengundi paling ramai.

Informasi berguna sikit:-

Bawah ni jumlah pengundi mengikut tahun PRU iaitu 2004, 2008 dan terkini 2013. Perbezaan dari 2013 and 2008 sebanyak 470,526 pengundi. Wow! Ini berdasarkan jumlah pengundi yg berdaftar.

 Selangor
 1,422,274 1,549,970 2,020,496


Pengundi yg baru berdaftar seramai 2.3 juta orang tau. Tapi bahaya jugak belia ni. Ikut emosi sangat. Aku tau lah sebab aku pun muda jugak. 

Tapi ape yg aku nampak "Telan mati mak, Luah mati bapak", pilih mana mana pun sama je. Ni dari pandangan aku lah. Kalau aku pun jadi Perdana Menteri, aku tak akan buat benda yg merugikan negara. Untuk dapat nama, kita buat pekara yg dilarang. Bukan senang nak jadi pemimpin negara kalau ilmu dan iman di dada tak kuat.