JODOH

Assalamualaikum,

Hari ini lagi satu hari nak puasa dah. Cepatnya masa berlalu kan? Rasa macam baru start kerja, pastu dah puasa. Tak sabar nak puasa nak buat terawikh. Bulan tak merah merah lagi, ni takut 1st day tak dapat. Mintak lah dapat puasa. Amin.

Semalam pergi main bowling dengan Akim and Farah, sebab nak spent last weekend before puasa ni. Lagipun dah lama tak baling bola bowling tu. Rindu sangat. Dulu ada geng, sekarang geng tu dah ada makwe. Wasap aku pun tak nak balas. Huh! Kecewa sebentar.

Dah duduk dengan kawan ni mula lah nk cerita pasal best tak kerja sebab sorang tu baru seminggu start kerja kat Islamic Bank. Pastu keluar lah pertanyaan seperti "Ary still dengan dia lagi ke?" Jawapan aku tetap sama; "Ntah lah, tak tahu nak cakap" 

Hmm, bila nk jumpa bakal suami ni? Hehehe. Bila di renung renung kan, kita ni bila kite tak cari lah nak banyak ada depan mata. Bila kita cari, sorang pun tak mengaku single. Ciss tak guna. Hahahah. Tapi aku sekarang memang tak ada rasa nak cari pun. Aku tak tahu kenapa rasa macam dah puas bercinta pun ada gak. Rasa nak single je. 

Kalau diikutkan, ramai jugak kawan kawan yg tak kawin lagi. Tapi kawan blah sekolah ni yg buat aku tacing sikit sebab 80% dah kawin. Bestie aku 2 orang dah kawin and sedang mengandung, sorang lagi dah bertunang, sorang lagi pulak dah berpunya. Aku je sesorang yg melayan perasaan. T_T

Kawan yg degree and diploma mostly tak kawin lagi lah. Kalau dah kawin pun, ada diorang nk keluar je dgn aku? Boleh jalan lah. Nanti aku pun sama lah kan kalau dah kawin nanti. Argghh kenapa wujudnya angan angan!

Kalau tanya saya ni suka yg macam mana, saya suka....


1. Ala ala chinese gitu muka
2. Muka nak strong sket, tak moh jambu air ke jambu batu ke
3. Masa hadapan cerah. Hihihihi
4. Tinggi lampai
5. Badan sedang sedang
(MACAM YG BAWAH NI!!)


 Ala, jangan lah tenung tenung gitu! Malu I. Hahahahaha! Sian aku T_T


Wah wah fizikal aje yg aku senarai kan. Hahaha. Of kos yg baik baik sahaja dari dia :) Tapi orang selalu kata nak cari pasangan mesti ada persamaan baru ngam. Tapi selama ni aku nampak yg setia hujung nyawa ni perangai bertentangan sama sekali je. Mungkin itu apa yg org kata saja. Tak tahu lah.


Alquran surat Yaasin ayat 36 menjelaskan, Allah menciptakan segala sesuatu secara berpasang-pasang. Dalam ayat lain, Allah juga berfirman, “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.” (QS Adz-Zaariyat: 49).

So jangan risau ye FARIHAA :)